Viral

Dah Putus Cinta, Lelaki Buruk Siku Minta Bapa Bekas Kekasih Bayar Balik Duit Makan RM30

Gempak
16/07/2024
14:25 MYT
Seorang lelaki meraih perhatian gara-gara meminta kembali duit yang telah dibelanjakan untuk membeli makanan selepas putus cinta dengan bekas teman wanitanya.
Memetik laman Mothership, lelaki tersebut didakwa meminta kembali wang daripada orang tua bekas teman wanitanya memandangkan dia pernah berbelanja sejumlah wang untuk membeli makanan buat bapa wanita berkenaan.

Bayar balik

Difahamkan, menerusi tangkap layar video Whatsapp yang dikongsi di Facebook, lelaki tersebut meminta wang berjumlah RM30 untuk dikembalikan kepadanya.
Dalam rakaman suara yang dihantar kepada bapa wanita itu, lelaki berkenaan yang menggunakan bahasa Mandarin memberitahu dia telah melayan bekas teman wanitanya dengan baik.
Memandangkan lelaki berkenaan merasakan dirinya ‘dilayan secara tidak adil’ oleh keluarga bekas teman wanitanya itu, dia mahu wang yang dibelanjakan untuk membeli makanan, termasuk dua pinggan nasi goreng dan satu mangkuk bubur dikembalikan.
Lelaki itu menjelaskan, jumlah wang yang dibelanjakan ialah RM28.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Bakar Suami Ketika Sedang Tidur Sebab Kedekut Tak Nak Belikan Buku Sekolah Anak

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]: Jualan Cecah RM21.5 Juta, Khairulaming Tak Kedekut Kongsi Cara Jaga Service Sambal Nyet

ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah Kedekut Belanja Artis Junior, Rain Ambil Tindakan Saman YouTuber Sebar Berita Palsu

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Jenis TRAVEL BUDDIES Yang Mesti Kita Elakkan – Paling Tak Boleh Orang Yang Kedekut, Lambat Etc...

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner Bengang Dikutuk Beri Derma Hanya RM20,000: "Saya Kena Jelaskan..."

"Memandangkan kamu minum sepanjang masa, kamu sepatutnya memperoleh pendapatan yang mencukupi," kata bekas teman lelaki itu, membundarkan bayaran kepada RM30.
Tambahnya, dia tidak akan meminta duit yang telah dibelanjakan terhadap bekas teman wanitanya itu.
"Beri saya wang sebelum esok," kata lelaki itu menerusi mesej yang dihantar.
Lelaki itu kemudiannya menghantar satu lagi rakaman suara meminta bapa bekas teman wanita memindahkan wang ke akaun anaknya. Menerusi cara ini, ia memudahkan dirinya untuk menuntut kembali wang yang telah dibelanjakan.
Bapa bekas teman wanitanya lelaki itu berkata, anaknya telah meninggalkan RM20 dalam kenderaan lelaki tersebut dan dia boleh mengambilnya jika dia mahu.
Bapanya menjawab beberapa jam kemudian dan berkata anak perempuannya meninggalkan RM20 (S$5.75) di dalam kereta lelaki itu dan dia boleh mengambilnya jika dia mahu.

"Kamu adalah lelaki paling sengkek yang saya pernah jumpa dalam hidup,” kata bapa bekas teman wanita itu dalam bahasa Hokkien.

Dalam masa sama, bapa kepada bekas teman wanita lelaki itu mengakui bertuah kerana mengenali lelaki itu lebih awal memandangkan anaknya mungkin menderita jika terus bercinta dengannya.
Sumber: Mothership
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Viral

Isteri Pemain Bola Curang, ‘Sondol’ Kekasih Kawan Baik Sendiri & Ada Video Intim

gempak
21/08/2024
06:43 MYT
Nama Pratama Arhan sedang menjadi trending topic di media sosial Indonesia.
Berita

Akibat Kahwin Lain, Wanita Nekad Robohkan Rumah Bekas Kekasih

gempak
19/08/2024
00:55 MYT
Seorang wanita di Pati, wilayah Jawa Tengah nekad merobohkan rumah yang dibina bersama bekas kekasihnya selepas lelaki tersebut membatalkan perkahwinan mereka.
Viral

Ananda Natasha Tak Tolak Berjodohan Dengan Ezra Kairo - "Kalau Ada Jodoh, Ada Lah"

gempak
12/08/2024
08:25 MYT
Dilihat semakin rapat dengan penyanyi, Ezra Kairo, bekas isteri kepada personaliti media sosial, Andika Putera, Ananda Natasha, tampil mengulas lanjut berkaitan perkara tersebut.
Berita

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Masuk Padang, Kekasih Ditahan

gempak
09/08/2024
16:55 MYT
Seorang pemain bola sepak amatur yang mengacukan senjata tajam dipercayai kerambit dalam insiden pergaduhan semasa perlawanan bola sepak baru-baru ini ditahan polis pada Khamis.