Laman Utama

"Dalam Hidup Kita Tak Sangka Apa Yang Allah Aturkan" - Shuib Syukur, Majlis Pertunangan Dipermudahkan!

gempak
Amri Hassan
06/05/2023
10:55 MYT
Sponsor Banner
"Dalam Hidup Kita Tak Sangka Apa Yang Allah Aturkan" - Shuib Syukur, Majlis Pertunangan Dipermudahkan!
Pelawak dan penyampai radio Shuib memanjatkan rasa syukur atas majlis pertunangannya bersama usahawan Watie Hanafiah yang berlangsung pada Sabtu.
BACA: EKSKLUSIF: Shuib, Watie Selamat Bertunang, Bakal Diijabkabul Pada 23 Jun 2023!
Kata Shuib, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, dia turut tersentuh melihat kedua-dua belah keluarga bakal disatukan tidak lama lagi.
"Perasaan yang cukup berdebar-debar dari semalam, dari rumah lagi. Jadi lainlah, tapi ada rasa seronok dan terharu. Sebab melihat bekas mentua, mak dan sebelah sana keluarga disatukan, rasa terharu dan bersyukur.
"Dalam kehidupan kita tak sangka apa yang Allah aturkan. Apa yang boleh diharapkan adalah doa daripada semua orang. Sebab kita menjalani apa yang Allah tulis.
"Harap doa daripada semua orang boleh menguatkan untuk kita menuju ke arah yang lebih baik. Tak ada orang nak kehidupan tak best. Semua orang harapkan kebahagiaan. Harap doalah baik-baik untuk saya sekeluarga," kata Shuib.
Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki hubungannya bersama Watie apabila memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Jun depan.
BACA: Shuib Berdebar Bakal Nikahi Watie Hanifiah Jun Ini! - "Persiapan Dah 30%, Tak Nak Buat Grand Sangat"
BACA: "Dia Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah" - Shuib
Untuk rekod, menerusi perkahwinan Shuib dan arwah Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.
Majlis pertunangan pasangan merpati dua sejoli itu akan disiarkan secara eksklusif menerusi rancangan Walimatul Urus di saluran Astro Ria (104).
Pasangan itu dijangka bakal diijabkabulkan pada 23 Jun 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live