Persoaliti dan usahawan Hollywood, Kylie Jenner dikhabarkan ingin berkahwin dengan pasangannya, Travis Scott tidak lama lagi.

Memetik laporan HollywoodLife, Kylie kini sememangnya sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Travis.

"Kylie sedang merancang untuk berkahwin dengan Travis memandangkan mereka serasi dan sentiasa bersikap jujur terhadap satu sama lain.

"Ahli keluarga dan teman rapat Kylie merasakan dia bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.

"Ahli keluarga Kardashians sentiasa memberi sokongan atas apa jua keputusan yang dibuat Kylie,"
kata sumber.



Dalam pada itu, Kylie turut kelihatan membawa gaun berwarna putih yang kelihatan seperti persalinan perkahwinan ketika menaiki sebuah jet peribadi baru-baru ini.

Namun begitu, perkara itu masih belum mendapat kepastian dari mana-mana pihak setakat ini.

Untuk rekod, Kylie telah dinobatkan sebagai Wanita Terkaya di Amerika Syarikat oleh Forbes atas kejayaannya dalam perniagaan jenama Kylie Cosmetics.

Sumber : HollywoodLife