Hiburan
Datang Nak Bergambar, Sempat ‘Offer’ Mek Yun Jadi Madu - “Nak Jadi Bini Nombor Dua Suami Saya Tak?”
Pempengaruh media sosial yang juga pelakon Mek Yun mendedahkan dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada seorang wanita yang secara tiba-tiba datang untuk bergambar dengannya.
Tunjuk Suami Depan Anak
Malah Mek Yun memberitahu wanita tersebut juga sempat menunjukkan suaminya di hadapan anak-anak mereka.
“Nak cerita semalam ada sorang akak ni datang nak ambil gambar dengan Mek Yun lepas itu dia tanya dua kali ‘nak jadi bini nombor dua suami saya tak? Nak jadi madu saya tak?’.
“Sambil tunjuk kat suami dia depan anak-anak dia. Takut,” kongsi Mek Yun menerusi platfrom Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Ambil Ringan Kes Siber Buli, Mek Yun Harap Undang-Undang Dapat Diperketatkan - “Saya Juga Pernah Jadi Mangsa, Sampai Rasa Hilang Semangat”
ARTIKEL BERKAITAN: Suruh Berhenti Bercakap, Bapa Mek Yun Dipuji Netizen Sebab Hormat Laungan Azan - “MasyaAllah Terbaiklah Pok”
Apabila ditanya apa respons ketika itu, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Mun Nee, berkata dia hanya mampu gelak sambil menggelengkan kepalanya.
“Gelak saja la sambil geleng kepala,” balasnya.
Jangan Layan
Rata-rata netizen juga berharap pempengaruh berusia 27 tahun itu tidak melayan dan menganggap kehidupan bermadu tidak seperti yang digambarkan.
“A test to his husband, actually... snd, don't believe in this lady. Sebelum bermadu, bukan main menjemput. Dah bermadu, mengadu sana-sini kata dia yang terpaling teraniaya.
“Mek Yun,i rasa la laki dia yang duk berkenan, bini dia pun apa lagi geram tu tanya terus depan-depan tu. Alang-alang biar di reject depan muka,” komen netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Yang Tanya Saya Ni Cina Ke Kelantan” - Mek Yun Kongsi Ragam Comel Netizen
ARTIKEL BERKAITAN: “Sebagai Lelaki Patut Jaga Pemikiran & Nafsu” - Mek Yun
Must-Watch Video