Bekas pemain bass kumpulan Alleycats, Frank Ong, 64, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4.30 pagi semalam (Khamis).

Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Raudhatul Sakinah, Gombak jam 2.30 petang hari yang sama.

Difahamkan, pemergian Frank atau nama Islamnya, Abdul Rashid Ong Abdullah itu susulan penderitaan kanser paru-paru tahap empat yang dialaminya sejak Oktober lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Askiah Abdul Wahab, 66, serta tiga anak iaitu Jas Ong, 45; Hariz, 28; dan Myra, 24

Untuk rekod, Frank menyertai Alleycats pada 1976 hingga 1986.

Dalam tempoh itu, Frank telah terbabit dengan rakaman enam album Alleycats termasuk yang paling popular seperti Alleycats 4 dan Kuching.