Teknologi memang berkembang pesat saat ini sehingga mempunyai platform media sosial peribadi bukan lagi sebuah hal asing.

Namun apa yang lebih menarik apabila kemajuan teknologi ini turut mempengaruhi penduduk di desa atau kampung terpencil.

Jika ada yang beranggapan warga emas mungkin sukar menerima perubahan teknologi, tunggu dulu sehingga anda sampai ke sebuah desa iaitu Desa Tulsi yang berada di Raipur, Kota Chhattisgarh, India.

Desa Tulsi ini sendiri diberi julukan Kampung YouTube kerana 40 peratus daripada penduduknya merupakan konten kreator dan memiliki platform YouTube masing masing.

The Times India melaporkan Tulsi menjadi Kampung YouTube bermula dengan dua sahabat iaitu Gyanendra Shukla dan Jai Verma yang meninggalkan pekerjaan mereka sebagai guru dan jurutera rangkaian untuk membina karier sebagai konten kreator.

Dalam 3,000 penduduk, melaporkan konten kreator paling muda berusia belasan tahun sekitar 15 tahun dan yang paling berusia adalah seorang warga emas berumur 85 tahun.

Mereka antaranya menggunakan platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube untuk berkongsi konten. Menariknya, kebanyakan konten yang dimuat naik ada yang menerima sehingga jutaan tontonan.

Kebanyakan konten kreator ini pada asalnya merupakan petani, namun setelah mendapat tahu mereka boleh memperoleh pendapatan lumayan dengan hanya merakam dan memuat naik konten dalam YouTube, kebanyakannya mula menaik taraf pekerjaan sebagai petani yang juga YouTuber.