HIBURAN
Diana Danielle Tak Halang Farid Kamil Jumpa Anak-Anak - "Keadaan Sudah Cukup Sukar, Jangan Sukarkan Lagi"
Pelakon, Diana Danielle enggan menjadikan perceraiannya sebagai batu penghalang untuk anak-anak bertemu bapa mereka, Farid Kamil.
Mohon letak keutamaan pada anak-anak
Sebagai ibu bapa, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, berharap agar Farid juga dapat memainkan peranan serta tanggungjawab penting selain meletakkan keutamaan kepada dua anak mereka.Diana berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.“Walaupun sudah berpisah, saya tak rela menjaga anak seorang diri. Saya juga tak pernah merancang untuk menyimpan anak hanya untuk diri sendiri atau menyusahkan pihak bekas suami.“Anak-anak perlukan ibu dan ayah. Jadi, kami cuba memudahkan urusan mereka. Keadaan sudah cukup sukar, jadi jangan kita terus menyukarkan lagi,”katanya kepada Gempak.
Tak halang Farid bertemu anak-anak
Selain itu, Diana turut berkata, dia juga tidak menghalang bekas suaminya itu bertemu dengan anak-anak pada bila-bila masa mengikut kesesuaian waktu.“Semoga hubungan ini terus erat demi anak-anak,” jelasnya.“Alhamdulillah, anak-anak setakat ini mereka tidak menunjukkan apa-apa keadaan yang membimbangkan. “Tiada sekatan dalam perhubungan, baik dari segi talian mahupun perjumpaan. Bila-bila masa saja boleh bertemu.
Tiada masalah mengenai penjagaan anak-anak
Dalam pada itu, Farid ketika ditanya mengenai penjagaan anak-anak, dia berkata perkara tersebut tiada masalah memandangkan segalanya telah dipersetujui pihak Diana.“Saya harap perkara tersebut akan berkekalan insya-Allah,”katanya.“Berkaitan anak anak, tiada masalah kerana seperti yang dipersertujui, pihak ibu akan menjaga anak-anak dan Alhamdulillah sampai sekarang kita tiada apa apa masalah.
ARTIKEL BERKAITAN:Farid Kamil Tolak Tawaran Jadi Tenaga Pengajar, Kembali Jadi 'Student' Mac Depan - “Saya Perlu Rahsiakan Terlebih Dahulu Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN:Farid Kamil Rindu ‘Bau’ Keluarga, Dah Lama Tak Bertemu Dengan Anak-Anak – “Hubungan Saya Dengan Isteri...”
ARTIKEL BERKAITAN:Farid Kamil Yakin Cinta Diana Danielle Masih Kuat, Tiada Unsur Penindasan Dalam Proses Cerai- “Kasih Sayang Bukan Boleh Dijual Beli”
ARTIKEL BERKAITAN:“Tindakan Dia Amat Memualkan” - Diana Danielle Nekad Nak Cerai, Anggap Farid Kamil Hanya ‘Berangan’
ARTIKEL BERKAITAN:Konflik rumah tangga antara Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan selebriti popular itu disahkan telah bercerai talak satu pada pagi tadi.
Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.
Must-Watch Video