Penyanyi Hong Kong, Nathan Ngai hampir berjaya melakukan aksi bunuh diri jika rakannya tidak bertindak pantas.

Nathan, 26, yang menjadi popular selepas menyertai program realiti televisyen, King Maker di ViuTV tahun lalu dibawa ke hospital selepas ditemui mahu terjun ke dalam laut di kawasan Sham Tseng, lapor Todayonline.

BERITA TRENDING: Gaduh Dengan Teman Lelaki, Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium

Rakannya menyedari sesuatu yang aneh selepas melihat Nathan menutup semua akaun media sosial dan meninggal mesan membimbangkan di akaun Instagram yang berbunyi: “Terlalu banyak emosi. Tidak mampu melepaskannya. Maaf untuk segalanya.

“Selamat tinggal dunia.”

PILIHAN PEMBACA: Bukan Bunuh, Kekasih Tamara Kata Tenggelamkan Kepala Anak Ke Air Untuk Latihan

Bimbang keselamatannya, rakan Nathan memaklumkan kepada keluarga yang kemudian membuat aduan orang hilang kepada pihak berkuasa.

Hasil pencarian, Nathan ditemui duduk di atas palang untuk terjun ke dalam laut.

BERITA TRENDING: Pelakon Parasite, Lee Sun Kyun Meninggal Dunia, Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kereta

Menurut laporan media tempatan, Nathan terkait dengan banyak kontroversi berkaitan hubungan cinta.

Bekas kekasihnya, Jessie meninggal dunia pada Mei lalu dipercayai kerana merana selepas Nathan dikatakan pernah meminjam duit dan memaksa foto semasa mereka menjalin hubungan dipadamkan dari media sosial.

Dan selepas hanya tiga bulan kematian Jessie, Nathan diketahui menjalin hubungan dengan salah seorang anggota kumpulan Collar.