Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun cedera parah selepas dibelasah oleh sekumpulan ‘samseng’ remaja kerana memiliki raut wajah yang terlalu kacak.

BERITA TRENDING: Glow Up Rambut Refal Hady Jadi Perhatian, Netizen Tak Peduli Tetap Minat Walau Apa Rupa Sekalipun!

Pelajar bernama Mooyang itu dikejarkan ke Hospital Bandung Crown Prince pada 11 Februari lalu dan hanya sedarkan diri dua hari kemudian.

Menurut laporan Channel 3, Mooyang diserang ketika menuju ke kedai gunting rambut bersama empat rakannya.

Mooyang memberitahu, geng itu memaksa dia dan rakannya memberhentikan motosikal yang ditunggang dan mengajak mereka bergasak.

Apabila ditanya kembali mengapakah ingin bertumbuk, geng tersebut menjelaskan yang mereka cemburu dengan ketampanan yang dimiliki Mooyang.

BERITA TRENDING: Issey Turunkan Berat Badan 12 Kg Bukan Sebab Nak Nampak Kacak, Tapi... - “Apa Boleh Pantang, Kita…

Susulan kejadian, penduduk Ban Nong Kanon Simma menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap geng berkenaan.

Sumber: TheThaiger