Nama pelakon Fathia Latiff menjadi perbualan hangat netizen selepas dia secara terbuka menyamakan wajah aktres, Zahirah MacWilson seperti bibik.

Perkara itu secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap Fathia seolah-olah sengaja mencari kontroversi dengan melakukan provokasi terhadap Zahirah.

Disebabkan itu juga, rata-rata netizen berpihak kepada Zahirah dan menyatakan Fathia tidak seharusnya berkelakuan seperti itu.

Malah netizen juga berterusan memberikan kata-kata positif di ruangan komen Instagram Zahirah.

Selain itu mereka juga turut memuji kecantikan Zahirah dan tidak kurang juga ada yang memberikan komen sinis terhadap Fathia.

Antara komen yang diberikan:

BERITA TRENDING: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?

Sebelum ini, menerusi artikel yang pernah dilaporkan Gempak, Fathia pernah mengakui bahawa dia mengambil masa 5 tahun untuk melupakan bekas kekasihnya itu.

Bagaimanapun, Fathia dikatakan sudah akur dengan ketentuan ilahi.

BERITA TRENDING: "Allah Saja Tahu Betapa Susahnya ..." - 5 Tahun Fathia Ambil Masa Move On, Doakan Aiman Hakim Bahagia!

Untuk info, Fathia dan Aiman sebelum ini pernah menjalin cinta selama dua tahun sebelum berpisah pada tahun 2015.

Manakala Aiman Hakim kemudian telah mendirikan rumah tangga dengan Zahirah McWilson pada 2020.