Seorang penyanyi senior Taiwan, Liu Wen-cheng nampaknya memang langsung sudah tidak peduli dengan dunia glamor yang pernah dijalaninya selama ini.
Hanya kerana sudah tidak tertarik untuk comeback, meski ditawarkan sehingga RM400 juta untuk sebuah kontrak tour konsert, Wen-cheng sanggup menipu dirinya sudah meninggal dunia.
Wen-cheng dikatakan menerima tawaran untuk melakukan tour konsert di 50 kota di China.
Mengikut laporan CNA, agensi dan kawan baiknya, Hsia Yu-shun mengumumkan Wen-cheng telah meninggal dunia pada November 2022. Dia meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 70 tahun.
Namun ternyata kenyataan yang dikeluarkan adalah sebuah berita palsu. Hal itu diakui oleh Yu-shun yang menarik balik pengumuman kematian palsu penyanyi tersebut.
Menurut Yu-shun, Wen-cheng memalsukan kematiannya kerana bosan sering ‘dikejar’ dan diminta untuk membuat comeback.
“Wen-cheng masih hidup. Tapi dia tidak mahu bertemu masyarakat, jadi dia minta saya untuk mengeluarkan kenyataan palsu tentang kematiannya.
“Pemalsuan kematian itu juga dibuat kerana dia tidak mahu memenuhi kehendak promoter yang ingin dia lakukan comeback,” dedah Yu-shun.
Yu-shun bagaimanapun mengatakan penyanyi itu memang sempat diserang penyakit jantung namun sudah pulih sepenuhnya.
Dan pada saat dia mengatakan Wen-cheng hidup sihat di Las Vegas, seorang ahli keluarga bintang terkenal itu mendakwa anak saudaranya kini berada di Filipina.
Nama Wen-cheng cukup harum dan digilai ramai sekitar tahun 70-an sehingga 80-an bukan sahaja di Taiwan tetapi Hong Kong, China dan Asia.
Dia terkenal menerusi hit klasik seperti The Promise, Late and The Drizzle in March.
Penyanyi itu kemudian mengambil keputusan bersara pada 1991.
Maliah Surip
Tue Feb 21 2023


Lah, Rupanya Awkwafina Pernah Menetap Di Kuala Lumpur? Ini Kisahnya…
Rupanya Awkwafina pernah duduk sini...

Video Bruce Springsteen Jatuh Tangga Sewaktu Konsert Ditonton 7.4 Juta Kali
Lebih 7 juta views ya!

Proses Persiapan Buku Penuh Air Mata, Puteri Sarah ‘Spill The Tea’ Kisah Peribadi & Tragedi Hidup Dalam ‘Terus Melangkah’ - “Menceritakan Sisi Lain Yang Tak Pernah…”
Sarah kongsi kisah peribadi dalam buku pertamanya.

#PE3: 8 Hari Tayang, Polis Evo 3 Kaut RM25 Juta! Watak ‘Villain’ Reza Jadi Bualan Hangat
Tahniah Polis Evo 3 boh!

Jamal Abdillah Lega Dapat Saman PRISM – “Lagu Dimainkan Di Radio Tapi Tiada Royalti”
Artis tak dapat royalti?

#MEGASPONTAN2023: Hubungan Jalaluddin Hassan Dengan Roy Azman Macam ‘Tom & Jerry’ - “Walaupun Ada Nampak Seperti Kami Gaduh, Tapi…”
Suka tengok Tok Jalal dengan Roy.

“Saya Bukan Mangsa Fesyen” - Aina Abdul Mahu Tonjol Alter Ego, Dedah Maksud Tersirat Baju ‘Toto’ Viral
Ada sebab kenapa baju Aina unik-unik.

#PE3: “Jadi Sniper Pun Smart!”- Girl Crush! Ramai Ingat Sofia Jane Rupanya Farali Khan! Lakonan Jadi Inspektor Julie Memang ‘Bad Ass’
Memang girl crush lah Farali ni. Cantiknya.

“Saya Rasa Dizalimi” - Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS, Bapa Anzalna Tak Tolak Ada Campur Tangan Politik & Kroni
Dapat notis 24 jam.

“Bringing ‘Binawe’ Back” - Anwari Ashraf Kongsi Foto Scene Outline Keluang Man, Ramai Yang Teruja
Memang tak sabar!