Pelakon Siti Saleha mengatakan tidak sabar untuk bertemu ibu dan kakaknya yang tinggal di England sejurus pintu sempadan dibuka.

Kata Saleha, 30, sebelum pandemik Covid-19 melanda memang sudah menjadi rutinnya untuk menziarahi keluarga di sana.

"Sebelum ini, sudah menjadi rutin untuk saya pulang ke United Kingdom (UK) setiap tahun.

"Namun, tahun lalu, saya mengubah rancangan dengan bercuti bersama adik-beradik perempuan di Croatia.

"Ibu bising apabila mendapat tahu kami pergi bercuti tetapi tidak berjumpanya. Rasanya sudah dua tahun juga.

"Justeru sebaik kebenaran diberikan untuk melawat ke sana nanti, perkara pertama saya akan buat adalah pergi berjumpa ibu," katanya kepada Gempak.

Sunset with lil sis ❤️ #salehatravels #split #croatia ??

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho) on


Walaubagaimanapun, adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam meluahkan rasa risau memandangkan kes makin meningkat setiap hari.

“Secara mental memang timbul perasaan bimbang dan tertanya-tanya bilakah wabak Covid-19 akan berakhir. Dengan keadaan sekarang yang tidak menentu.

"Mujurlah ada teknologi dan kami dapat berbual menerusi panggilan telefon dan sebagainya untuk mengubat kerinduan," katanya lagi.