Ramadhan tahun lalu gempar di media sosial memperkatakan sebuah rakaman video solat Tarawih ekspres di Jawa Timur, Indonesia.
Video itu memaparkan solat sunat Tarawih 23 rakaat termasuk solat sunat Witir dikerjakan dalam masa 7 minit sahaja.
Lebih memeranjatkan, 'amalan' itu sudah dilakukan secara turun temurun di masjid sama sejak 160 tahun lalu.
Baru-baru ini tular pula sepotong rakaman video di laman sosial Facebook Husnul Khatimah aksi solat berjemaah sambil menari yang dipercayai berlaku di Indonesia.
Menerusi video berdurasi 51 saat itu, puluhan jemaah lelaki dan wanita sedang menghayunkan badan ke kiri dan kanan diiringi gerakan tangan sambil melaungkan kalimah yang tidak dipastikan sebutannya.
Kemungkinan besar juga aksi itu berlaku ketika jemaah mengerjakan solat sunat Tarawih.
Netizen yang menonton video terbabit menyifatkan perbuatan itu salah satu daripada ajaran sesat memandangkan tertib solat tidak mengikut panduan ajaran Islam.
"Indonesia merupakan negara yang paling ramai umat islam di dunia namun sayang pihak agama di sana tidak membendung gejala islam songsang yang banyak berlaku. Itu lagi bahaya. Akan timbul puak-puak dalam agama islam itu sendiri,” kata Kamsan Talib.
Bagaimanapun, ada pendapat yang menyatakan perbuatan itu adalah sebahagian daripada zikir.
"Sekadar info: itu bukan solat tapi zikir 'jahr la ilaa ha illalloh'... Gerakan semua anggota tubuh untuk melatih ke zikir sirri... Ajaran Tarekat tu," jelas Amin Musthofa.
Sehingga kini video itu telah ditonton oleh lebih 600,000 kali dan dikongsikan lebih 11,000 pengguna.
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Mon Jun 19 2017
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.
Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil
Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isteri anaknya Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini dikhabarkan sedang hamil.
Kisahkan Tentang Penyeluk Saku, Ini Fakta Menarik Drama Bercakap Dengan Jun
Baru sahaja ditayangkan 1 Mei lalu, drama adaptasi novel Bercakap Dengan Jun karya Hasrul Rizwan mungkin membuat ramai penonton tertanya-tanya kisah disebalik drama tersebut.
Terkini: Faisal Halim Dah Mula Jamah Makanan, Cuba Latihan Ringan
Alhamdulillah.
AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Impian Afifah Nasir Nak Judika Datang Ke Majlis Perkahwinan Tak Tercapai - “Semua Yang Saya Mahukan Dapat Dengan Mudah Kecuali…”
Afifah dedah Judika tak dapat datang ke majlisnya.