Laman Utama

Edar Vitamin Di Sekatan Jalan Raya, Pengasas Produk Kecantikan Tampil Beri Penjelasan! - "Saya Kat Sana Tak Lama Pun..."

gempak
Amri Hassan
22/06/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
Edar Vitamin Di Sekatan Jalan Raya, Pengasas Produk Kecantikan Tampil Beri Penjelasan! - "Saya Kat Sana Tak Lama Pun..."
Selepas dikecam netizen gara-gara video tular mengagihkan pek vitamin di sekatan jalan raya (SJR), pengasas produk kecantikan Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi tampil menjelaskan situasi sebenar.
Kata Iddin, pihaknya telah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dengan mengagihkan pek vitamin kepada pengguna jalan raya di sekitar Bertam, Pulau Pinang.
"Cakap fasal video, paling mengejutkan, ada banyak komen pertikai pihak berkuasa membenarkan keberadaan saya di roadblock Bertam Kepala Batas. Kat Twitter pun kecoh.
"Ada pengguna Twitter tag DS Ismail Sabri Yaakob untuk medapatkan perhatian beliau atau kejelasan atas tindakan saya.
"Sebenarnya, sebelum aktiviti itu dibuat, saya terlebih dulu mendapatkan kebenaran polis dan memaklumkan niat saya nak sumbang 1,000 unit vitamin ESW kepada orang yang lalu SJR Bertam. Takkanlah saya berani buat tanpa kebenaran kan?" katanya menerusi satu hantaran di Instagramnya pada Isnin.
Terdahulu, tular rakaman Iddin yang lengkap berjaket kulit sedang sibuk mengagihkan pek vitamin kepada pengguna yang melalui sekatan jalan raya tersebut. Hal itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial sekali gus mempertikaikan tindakannya.
Dalam pada itu, tindakannya itu disifatkan sebahagian daripada sumbangan semula kepada petugas barisan hadapan yang bersusah payah sepanjang tempoh negara diancam pandemik COVID-19.
"Pertamanya, pihak yang paling saya concern adalah frontliners yang bertugas. Bayangkan berjam-jam kerja di SJR. Berteduh bawah khemah, walaupun mereka kuat semangat tapi saya ada cara sendiri nak ucap terima kasih dengan menyumbangkan vitamin yang baru saja ESW keluarkan untuk pastikan mereka bertenaga dan hidrasi.
"Tindakan itu sebagai satu kesedaran kepada orang ramai pentingnya pengambilan vitamin lagi-lagi sekarang ni. Kadar jangkitan COVID-19 tinggi.
"Ini macam small gesture saya sebagai anak muda dan warga prihatin. Sama juga dengan orang lain yang beri sumbangan makanan di hospital, pusat kuarantin, cuma saya beza sedikit, guna produk saya sendiri.
"Lagipun saya kat sana pun tak lama. Sekejap saja. Harap semua faham situasi saya ya dan hentikan spekulasi yang tular," katanya yang telah memadamkan video terbabit sebelum ditularkan semula di Twitter sejak Jumaat lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live