HIBURAN
Ellie Suriaty Setuju Jumpa Imran Bard - “Sesi Ini Akan Jadi Penentu Sama Ada Saya Teruskan Saman Atau Sebaliknya”
Pelakon, Ellie Suriaty memaklumkan sudah bersetuju dengan permintaan pempengaruh media sosial, Imran Bard yang ingin bertemu dengannya.
Setuju bertemu Imran
Bagaimanapun kata Ellie, dia akan mengaturkan satu pertemuan dengan Imran selepas pempengaruh itu pulang ke Kuala Lumpur.“Maka itu Insya-Allah perjumpaan akan diadakan sekembali dia ke Kuala Lumpur kelak,” maklumnya menerusi satu kenyataan di ruangan Insta Story miliknya pada Isnin.“Saya ingin memaklumkan bahawa pihak saya telah memberikan maklum balas kepada Imran Bard beberapa hari sebelum kita menyambut bulan Ramadan. “Saya bersetuju dengan permintaannya untuk berjumpa. Namun menurutnya dia kini masih berada di kampung halamannya, saya memahami.
Penentu sama ada mahu saman atau tak
Dalam pada itu, Ellie menegaskan pertemuan tersebut akan menjadi penentu sama ada dia mahu meneruskan saman atau sebaliknya.“Terima kasih di atas segala sokongan, keprihatinan serta doa daripada kalian semua,” tegas.“Ingin saya tegaskan bahawa sesi pertemuan ini akan menjadi penentu, sama ada saya akan meneruskan proses saman atau sebaliknya. “Bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf darinya kepada saya. Saya berharap agar Allah SWT mempermudahkan segalanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Imran Bard Bakal Berehat Dari Media Sosial? Netizen Gesa Unfollow Ramai-Ramai - “Semoga Dapat Muhasabah…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Jadi, Saya Kena Buat Apa?” - Imran Bard Jawab Isu Ellie Suriaty, Dedah Ibu Sedang Dirawat di Hospital
ARTIKEL BERKAITAN:Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf - “Maruah Tercalar & Saya Rasa Terhina”
ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Lebih-Lebih, Saya Gaduh Dengan Makcik FB Pula” - Teruk Dikecam Warganet, Imran Bard Tidak Akan Berdiam Diri
ARTIKEL BERKAITAN:Caprice Cadang Imran Bard & Ellie Suriaty Selesai Cara Baik - “Tak Perlu Libatkan Ibu Bapa…”
Terdahulu, nama Imran hangat diperkatakan di media sosial selepas dikatakan membuat konten sensitif berkaitan pelakon, Ellie Suriaty.
Susulan itu, Ellie menuntut agar ibu bapa Imran Bard memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.
Akan tetapi, tuntutan tersebut tidak dipenuhi oleh Imran sebaliknya dia memuat naik satu konten memohon maaf dalam cara sarkastik yang mendapat kecaman ramai.
Bagaimanapun baru-baru ini Imran menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan pelakon senior itu secara peribadi bagi menyampaikan permohonan maafnya secara bersemuka.
Must-Watch Video