Polis telahpun menerima enam laporan kes kesalahan seksual berkaitan seorang bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, setakat ini lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.
"Siasatan dijalankan dibawah kesalahan kesalahan seksual 376 Kanun Keseksaan (rogol), 354 kanun Keseksaan (cabul), 377 (c) (seks luar tabii) dan 323 Kanun Keseksaan (mencederakan).
"Tempoh reman suspek akan tamat pada hari Selasa (hari ini) tetapi disebabkan beberapa laporan polis baru diterima, perintah reman lain akan dipohon bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Datuk Fadzil, beliau menyeru kepada mangsa-mangsa lain agar tampil membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa kepada suspek tersebut.
"Jangan berasa bimbang untuk tampil membuat laporan polis," jelasnya.
Baca: Disyaki Merogol, Pendakwah Muda Ditahan Polis! – “Mangsa Bertemu Suspek Untuk Selesaikan Masalah Kemurungan Dengan Kaedah Perubatan Islam”
Baca: Pendakwah Selebriti Ditahan Reman Lima Hari, Bantu Siasatan Kes Rogol
Terdahulu media melaporkan suspek telah ditahan sekali lagi oleh polis susulan dakwaan mencabul seorang gadis di Shah Alam.
Suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Sumber Berita: Astro Awani
Badrul Hashim
Mon Nov 30 2020


Rezeki Janggo, Zuzuzu & Teruna, Tarik Nafas Lega Tiada Penyingkiran
Masih ada rezeki di pentas MLS2.

Digugurkan, Na In Woo Sah Ganti Ji Soo Dalam Drama River Where The Moon Rises
Na In Woo ni yang pegang watak Byeong In dalam Mr Queen.

Kacak, Seksi & Berbakat! Sorry Oppa, Ini 5 Pelakon Drama Hong Kong Buat Awek Cair!
Fuh mesti ramai yang suka ni

Ramai Kata Bertuah ENGKU EMRAN – Semua Wanita Yang Didampingi Lawa Belaka. Lahir Bulan Terang Kot!
Gosip antara Engku Emran dan Noor Nabila ketika ini semakin bertiup kencang. Sedikit sebanyak mengingatkan netizen kepada bekas-bekas isteri beliau yang semuanya cantik A plus! Bertuah badan.

TRI.BE Kumpulan K-Pop Baru Universal Music, Padu Juga Single Pertama ‘Doom Doom Ta’ Diaorang Ni!
Boleh tahan juga lagu TRI.BE ni!

Tampil Kelainan Dengan Plot Mendebarkan, Pengarah Projek: Anchor SPM Janjikan Drama Penuh Kualiti!
Tak sabar tunggu 15 Mac ni!

Sarat Elemen Asia Tenggara Seperti Gamelan & Pencak Silat, Ini Lima Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Raya and The Last Dragon!
Menangis, wajib tonton!

Tentera Transgender Pertama Korea Selatan Ditemui Mati - "Ada Bau Busuk Dari Rumahnya..."
Tentera transgender pertama Korea Selatan, Byun Hui Soo dilaporkan meninggal dunia di rumahnya.

COVID-19: 2,154 Kes Baharu, Selangor Masih Negeri Paling Tinggi Kes Jangkitan Harian
Terus patuhi SOP!

“Pasangan Romantik, Cantiknya Tunku” - Raja Permaisuri Agong Kongsi Video Majlis Perkahwinan 35 Tahun lalu
Selamat ulang tahun perkahwinan ke-35 Tuanku.