Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga seorang pelakon kelahiran Indonesia, Tya Ariffin tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antaranya dan pelakon senior, Fauziah Nawi.

Jelas Tya, apa yang terjadi antara dia dan Fauziah sebenarnya berpunca daripada salah faham hingga isu terbabit tular di media sosial.

"Belakangan ini Tya ada terima beberapa DM, komen yang tak berkesesuaian. Sebelum itu Tya nak minta maaf di atas apa yang berlaku.

"Tya patut jelaskan juga, supaya tak menjadi kesalahpahaman yang besar dan disalah artikan.

"Apa yang terjadi sebenarnya, hanyalah salah faham daripada pihak Tya dan Ibu," jelasnya.

Terdahulu, tular sepotong rakaman video Fauziah yang enggan melakonkan babaknya di set penggambaran sebuah rumah kampung.

Bagaimanapun, Tya yang berpakaian sekolah kemudiannya segera mendapatkan Fauziah untuk memujuk dan menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)


"Tya nak jelaskan persoalan ini karna kelemahan komunikasi antara kedua-dua belah pihak saja.

"Staff Tya, menghubungi pihak Ibu untuk memberi tawaran berlakon, pihak Ibu menerima tawaran dan bersetuju dengan harga yang Team tawarkan pada awalnya.

"Tapi bila sampai di lokasi shooting, Tya diberitahu staff, ibu mengira ini merupakan projek dari pelajar universiti.

"Namun lepas diberitahu dilokasi tentang campaign shooting Mutyara, dan tahu tentang Tya, ibu mula persoalkan isu bayaran," kongsinya.

Selepas perbincangan bersama, kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk meneruskan penggambaran dengan nilai bayaran yang dipersetujui mereka.

"Dan singkat cerita, di akhir perbincangan, pihak Tya & team bersetuju dengan bayaran baru yang diminta , supaya kami bisa meneruskan shooting pada hari tersebut. Karna jika dibatalkan, akan merugikan banyak hal lain pula.

"Tya sangat berbesar hati boleh berlakon dengan pelakon senior yang sangat baik, dan boleh beri kerja sama baik dengan Tya.

"Akhirnya, Alhamdulillah walaupun ada salah paham saat itu, kita berjaya juga menyelesaikan shooting pada hari itu juga, jam 5 ptg lebih saja," tambahnya.

Tya juga memohon maaf dan berharap isu terbabit menjadi pengajaran kepada semua pihak.