Hiburan

Fedi Nuril Terkejut Gelaran ‘Duta Poligami’ Dah Sampai Malaysia, Netizen Seloroh Cadang Watak Isteri-Isteri Ada Artis Dua Negara – “Lucu Banget”

gempak
Khairil Khusyairi
25/01/2025
14:50 MYT
Sponsor Banner
Fedi Nuril Terkejut Gelaran ‘Duta Poligami’ Dah Sampai Malaysia, Netizen Seloroh Cadang Watak Isteri-Isteri Ada Artis Dua Negara – “Lucu Banget”
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila terkejut gelaran ‘duta poligami’ sudah sampai ke Malaysia.

Terkejut Dah Sampai Malaysia

Menurut bintang filem sekuel Surga Yang Tak Dirindukan itu, dia terhibur apabila gelaran tersebut sudah diketahui rakyat Malaysia.
Fedi memberi reaksi tersebut ketika membalas komen-komen peminat yang berseloroh dengan poligami.

“Oh my god! Gelar itu bahkan sudah sampai Malaysia,” tulisnya terhibur.

Tak Lupa Peminat Malaysia

Dalam perkongsian sama, Fedi turut menyatakan dia akan terus berkarya selain tidak akan melupakan peminat-peminat di Malaysia.

“Insya-Allah, terus berkarya. I won’t forget,” tulisnya.

Sementara itu, Fedi turut mengakui teruja apabila bakal berkerjasama dengan pelakon popular, Anna Jobling dalam filem Sukma.

“Alhamdulillah, saya sangat teruja untuk bekerja bersama Anna,” balasnya kepada seorang peminat.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

“Memang sudah sampai di Malaysia ya mas,” komen netizen.

“Of course pak, anda sememangnya sudah famous di Malaysia sudah lama,” tulis netizen lagi.

“Filem Fedi harus di remake di Malaysia, jadi nanti isteri-isterinya dilakonkan artis Malaysia dan Indonesia. Jadi poligami lintas negara,” seloroh netizen.

“Seru juga kalau ada watak isteri keduanya dari Malaysia,” komen netizen lagi.
Untuk info, Fedi banyak memegang watak suami yang melakukan poligami terhadap isterinya seperti filem popular, Ayat-Ayat Cinta, dan Surga Yang Tak Dirindukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Dah Tertulis Takdir Allah Saya Akan Berpoligami, Hendak Cakap Apa?” - Amar Baharin

ARTIKEL BERKAITAN: Pegang Watak Isteri Kedua, Sharifah Husna Akui Tak Boleh Terima Poligami - “Tapi Kalau Minta Izin Dengan Baik Insya-Allah Kekal”

ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita Kena Belajar Rasa Suami Itu Bukan Kita Yang Punya” – Amy Mastura

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Asiah Abd Jalil Bongkar Perkahwinan Lelaki Digelar Ikon ‘Poligami Harmoni’ Tak Dapat Restu Keluarga Isteri-Isteri – “Isteri Kedua Pernah Dipukul…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024