Filem reboot Rahsia arahan Shamyl Othman kini meraih kutipan sebanyak RM4.3 juta dalam masa 11 hari tayangan.

Berita itu disampaikan menerusi Instagram rasmi Astro Shaw hari ini.

“Alhamdulillah. Filem seram Rahsia telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM4.3 juta dalam masa 11 hari tayangan rasmi!

“Thank you guys so much. Jom kita ramai-ramai serbu panggung untuk membongkar Rahsia,” maklum Astro Shaw.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Mula ditayangkan sejak 10 Ogos lalu, filem ini mendapat respon yang baik daripada peminat filem tempatan.

Antara komen yang diberikan adalah:

“Filem ini buat orang meremang dalam wayang!”

“Orang sebelah tengok sampai tutup mata dengan tangan,”

“Tak sia sia rengok Rahsia ni! Intro pun dah gempak!”


BACA: “Waktu Itu Jam Dua Tiga Pagi…” - Qistina Raisah, Fikry Ibrahim Tiba-Tiba Ja

BACA: “Aura Dia Lain Macam” - Pengarah Gerun Jumpa Lagenda! Eman Manan Setuju Berlakon Rahsia Lepas Baca Skrip

Sebelum ini, filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading mendapat pujian pengarah Aziz M Osman.

Rahsia mendapat sentuhan pengarah berbakat, Shamyl Othman iaitu anak kepada sutradara asal naskhah Rahsia 1987, Othman Hafsham.

Manakala skrip pula dihasilkan oleh creator drama premium Astro, One Cent Thief iaitu Alfie Palermo.

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.

Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.

Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.

SINOPSIS:

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.

Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.

Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

Jangan lupa saksikan Rahsia yang kini berada di pawagam seluruh negara.