Laman Utama
"Fitnah Akhir Zaman, Saya Tahu Awak Kuat" - Niezam Zaidi Tuju Status Buat Nonny Nadirah?
Bekas teman lelaki kepada pelakon Nonny Nadirah, Niezam Zaidi memuatnaik kata-kata nasihat menerusi Instagram Stories pada Jumaat.
Dalam tulisannya, Niezam, 29, memberikan kata-kata semangat dan melayangkan doa berserta salam rindu kepada pemilik nama NNZ.
"Sabarlah, fitnah akhir zaman, saya tahu awak kuat. Dunia kita akan meninggal, akhirat sana tempat kita tinggal.
"Semoga Allah melindungi awak dan keluarga sentiasa, amin. Salam rindu. NNZ," tulisnya.
Difahamkan NNZ itu ditujukan kepada Nonny sempena mengambil huruf pangkal kepada nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin.
Netizen dikejutkan dengan perubahan mendadak Instagram milik Nonny Nadirah apabila pelakon itu memadamkan semua gambar sebelum ini dan memuatnaik foto wanita seksi di sebelah kereta.
Tulis Nonny menerusi kapsyen foto wanita seksi berkenaan; "It's good to be back."
Tidak dapat dipastikan kesahihan imej wanita terbabit namun rakan-rakan kepada Nonny antaranya Mila Jirin berkongsi perasaan peribadinya terhadap perubahan Nonny.
Ada juga yang membuat andaian bahawa akaun Nonny telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Gempak masih cuba menghubungi Nonny namun belum mendapat jawapan.
Imbas kembali, Nonny pernah menjalinkan hubungan bersama aktor Niezam Zaidi sehingga merancang untuk ke alam perkahwinan.
Namun hubungan tersebut putus di tengah jalan pada Oktober tahun lalu apabila masing-masing memilih untuk membawa haluan sendiri.
Must-Watch Video