#GempakTop2021: Neelofa, Uqasha Senrose & Remy Ishak Antara Selebriti Yang Menamatkan Zaman Solo! Jom Semak Senarai Mempelai 2021
Asraf Aided
30/12/2021 15:15 MYT
30/12/2021 15:15 MYT
Sedar tak sedar, tahun 2021 bakal berakhir dalam beberapa hari sahaja lagi. Meskipun masih dilanda pandemik COVID-19, namun kehidupan kita mestilah diteruskan (tambahan lagi orang ramai dapat merasa kelonggaran selepas mendapat suntikan vaksin).
Begitu juga dengan sisi peribadi kehidupan selebriti, bagi yang merancang untuk berkahwin, ianya tetap dilaksanakan walaupun suasana majlis agak berbeza dengan kebiasaan sebelum ini.
Apa yang penting, menghalalkan sesuatu hubungan itu sangatlah dituntut dalam Islam.
#GempakTop2021 menyenaraikan 15 pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga dalam tahun ini.
Ayda Jebat & Nabil Mahir
Hari pertama dalam kalendar, Ayda dan Nabil memilih 1 Januari sebagai tarikh mereka diijabkabul.
Majlis akad nikah mereka diadakan serba sederhana mengikut norma baharu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan tetamu terdekat kedua belah pihak.
BACA: Alhamdulillah...Ayda Jebat Selamat Bergelar Isteri Nabil Mahir
Nafiz Muaz & Diyana Omar
Hanya sehari selepas tarikh pernikahan Ayda dan Nabil, pelakon Nafiz Muaz pula selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Diyana Omar.
Kata Nafiz, pernikahan tersebut diadakan selepas ditunda beberapa kali sebelum itu ekoran pandemik COVID-19.
Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad di sebuah hotel terkemuka tempatan.
BACA: Nafiz Muaz Bergelar Suami, Selamat Bernikah Dengan Diyana
Intan Ladyana & Harris Alif
Beza umur 17 tahun bukan penghalang bagi pasangan ini. Dengan sekali lafaz, Harris, 22, dan Intan, 38, sah diijabkabul pada sekitar 10 pagi, 5 Februari lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Majlis mereka dijalankan di bawah SOP ketat dengan kehadiran 14 orang sahaja yang terdiri daripada keluarga terdekat.
Pada hari sama, Harris berkongsi rasa lega dalam satu sidang media virtual yang diadakan oleh Sony Music Entertainment Malaysia sejurus selesai dinikahkan.
BACA: Hanya Bersaksikan 14 Orang, Intan Ladyana Sah Bergelar Isteri Harris Alif
Alicia Amin & Farzan Iqbal
Tidak lama selepas itu, pelakon sensasi Alicia Amin pula mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Farzan Iqbal pada 14 Februari 2021.
Memandangkan hari penyatuan mereka diadakan pada Hari Kekasih, Alicia menganggap pernikahan itu sebagai hadiah paling bermakna untuk dirinya.
Pada hari bahagianya, Alicia mendapat sentuhan jurusolek tersohor Khir Khalid.
BACA: Cantiknya! Alicia Amin Selamat Bernikah
Hannah Delisha & Imam Shah
Pada 18 Februari lalu, pelakon cantik Hannah Delisha berkongsi di Instagram bahawa dia telah selamat bergelar isteri kepada pelakon Imam Shah.
Dalam perkongsian berkenaan, Hannah meluahkan rasa gembira kerana hubungan cinta yang disulam selama lima tahun akhirnya berjaya ke jenjang pelamin.
Hannah dan Imam disatukan dalam majlis kecil-kecilan di negara kelahiran Hannah, Singapura secara tertutup dan dihadiri beberapa ahli keluarga daripada kedua belah pihak sahaja.
BACA: 5 Tahun Bercinta, Hannah Delisha Kahwini Pelakon Kacak Singapura Imam Shah
Noor Nabila & Engku Emran
Bekas suami kepada primadona filem Erra Fazira dan aktres Indonesia Laudya Cynthia Bella, Engku Emran menikahi kakak selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila pada 19 Mac 2021.
Pernikahan mereka pada hari itu sekaligus menamatkan segala spekulasi tentang hubungan yang terjalin sebelumnya.
Menurut Sumber Gempak, upacara akad nikah Emran dan Noor Nabila berlangsung di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur dengan hanya dihadiri ahli keluarga mereka.
BACA: Spekulasi Terjawab! Sah, Engku Emran & Noor Nabila Bernikah Hari Ini
Ernie Zakri & Syamel
Pasangan serasi ini juga membuat keputusan menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Dua penyanyi berbakat ini sah bergelar suami isteri pada 26 Mac lalu dengan sekali lafaz, dalam sebuah majlis pernikahan yang dijalankan secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Sama cantik sama padan, Syamel dan Ernie mengikat tali pertunangan pada Ogos 2020 selepas berkenalan ketika menyertai program realiti, Duo Star.
BACA: Syamel & Ernie Raikan Rakan Artis & Sahabat Media Dalam Majlis Resepsi Esok!
Neelofa & PU Riz
Industri hiburan digemparkan dengan berita perkahwinan pasangan popular ini, pada hari mereka disatukan, platform media sosial dibanjiri perkongsian peminat yang meraikan secara maya keindahan majlis mereka.
Neelofa, 32, dan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz, 26, selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah acara di hotel terkenal ibu kota pada 27 Mac lalu.
Pada majlis tersebut, Neelofa menerima mas kahwin daripada PU Riz yang merupakan sebentuk cincin.
BACA: Neelofa, PU Riz Selamat Diijabkabulkan, Mas Kahwin Jadi Sorotan
Remy Ishak & Ezza Yusof
Hati gadis-gadis seumpama berderai apabila Hero Malaya, Remy Ishak sah bergelar suami kepada pilihan hatinya Ezza Yusof pada 21 Ogos lalu.
Majlis akad nikah mereka berlangsung secara ringkas dalam mematuhi SOP daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Pada hari tersebut, Remy memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan mereka berjalan dengan lancar.
BACA: Hanya Dengan Sekali Lafaz, Remy Ishak Sah Bergelar Suami Ezza Yusof! Disatukan Dalam Majlis Penuh SOP
Zizi Kirana & Yusuf Bahrin
Pada 19 September lalu, pasangan secocok ini sah diijabkabul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Zizi dan Yusuf memilih warna hitam sebagai busana mereka pada hari bahagia itu.
Pernikahan itu juga sekaligus menjawab tanda tanya orang ramai yang sering bercakap tentang kemungkinan mereka bercinta sebelum itu.
BACA: Tahniah! Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Nikah Pagi Ini
Uqasha Senrose & Kamal Adli
Dengan dua kali lafaz, aktor kacak Kamal Adli selamat bergelar suami kepada aktres Uqasha Senrose dalam sebuah majlis tertutup pada 5 November lalu.
Dalam majlis bertemakan taman, Kamal menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.
Majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi itu turut dihadiri beberapa wajah popular seperti Datin, Nina Juren, Idayu, adik beradik Uqasha dan Michael Ang.
BACA: Selamat Bergelar Suami Isteri, Kamal Adli & Uqasha Senrose Diijabkabul Dengan Dua Kali Lafaz
Caprice & Farra Inalis
Nampaknya rapper dan usahawan terkenal, Caprice juga memilih 2021 untuk membina rumah tangga.
Berita mengenai pernikahannya bersama pilihan hati, Farra Inalis disahkan oleh pengurus peribadi Caprice, Aiman pada 15 November lalu.
Dalam pada itu, Caprice juga berkongsi momen manis bersama isterinya di Instagram.
BACA: "Ya, Alhamdulillah Dia Dah Kahwin...Wanita Kelantan, Baik Orangnya" - Pengurus Peribadi Caprice
Haqiem Rusli & Sofea
Memilih tarikh 19 November 2021, penyanyi muda kacak, Haqiem Rusli, 24, sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19.
Pasangan ini disatukan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah yang lebih dikenali sebagai Masjid Cyberjaya pada kira-kira jam 3.40 petang.
Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli menyerahkan mas kahwin RM300, selain wang hantaran RM100,000.
BACA: Dengan Dua Kali Lafaz, Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami Kepada Anis Sofea
Yonnyboii & Nik Nazira
26 Disember baru-baru ini, Yonnyboii berkongsi foto pertama sebagai suami kepada pempengaruh, Nik Nazira.
Dalam foto berkenaan, mereka kelihatan manis mengenakan persalinan putih lengkap selain terpancar kebahagiaan di wajah masing-masing.
Berdasarkan carian Gempak, pasangan ini selamat diijabkabul pada 20 November lalu namun mengambil masa untuk mendiamkan pernikahan mereka terlebih dahulu.
BACA: Yonnyboii Nikahi Nik Nazira, Ramai Terkejut Tiba-Tiba Dah Selamat Bergelar Suami
Uyaina Arshad & Raja Syahiran
Dengan sekali lafaz, penyanyi Raja Syahiran sah bergelar suami kepada pelakon Uyaina Arshad dalam sebuah majlis tertutup di The Colony, Star Boulevard KLCC pada 21 Disember lalu.
Pada hari tersebut, Uyaina sempat berkongsi tentang majlis akad nikah yang telah mengamali pertukaran disebabkan perubahan SOP di negara kita.
Pasangan ini dinikahkan oleh abang kandung Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua orang saksi.
BACA: Uyaina Arshad, Raja Syahiran Selamat Bernikah!
Demikianlah antara selebriti atau individu terkenal yang mendirikan rumah tangga sepanjang 2021.
Di kesempatan ini, Gempak mendoakan kebahagiaan buat mereka, artis-artis lain, juga kepada semua yang bergelar pengantin baru tahun ini!

#2021
#Pandemik
#SOP
#Artis Kahwin
#GempakTop2021
#GempakTop2021
#Artis Kahwin 2021
#Kahwin 2021
#Majlis SOP
#Selebriti Kahwin