#GempakTop2021: Terpanas Dari BTown! Dari Kisah Pornografi, Dadah Aryan Khan Hingga Perkahwinan Mega Katrina Kaif

Amri Hassan
Disember 22, 2021 15:25 MYT
Tahun 2021 turut meninggalkan titik hitam dalam industri Bollywood. Selain kehilangan nama-nama besar, ada juga antaranya bergulir dengan kontroversi.
Berikut Gempak kongsikan semula kisah-kisah panas dari BTown sepanjang tahun ini.
#1 Celuparnya Kangana Ranaut
Kangana Ranaut terus menjadi aktres yang mencipta kontroversi menerusi pelbagai kenyataan dan komen pedas di media sosial termasuk isu protes petani India.
BACA: Rihanna Cetus Kemarahan India, Kangana Ranaut Hamun; "Diamlah Bodoh!"
BACA: Terlalu Celupar & Kaki Provokasi, Twitter Sekat Akaun Kangana Ranaut
#2 Troll anak Kareena Kapoor, Saif Ali Khan
Aktres Kareena Kapoor telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Februari 2021 namun nama yang dipilih menjadi pertikaian umum! Natijahnya, Jehangir Ali Khan telah di-troll oleh warganet.
BACA: Kareena Kapoor Dedah Anak Kedua Selepas 20 Hari Bersalin
BACA: Minta Bayaran RM6.7 Juta, Netizen Lancar Kempen Boikot Kareena Kapoor!
#3 Perkahwinan gah Katrina Kaif
Ramai yang berkahwin tahun ini, namun perkahwinan Katrina Kaif dan Vicky Kaushal antara yang menjadi sorotan ramai!
Berbulan-bulan menjadi buah mulut hingga memaksa tetamu yang hadir turut mengunci mulut. Akhirnya pasangan itu telah sah bergelar suami isteri dalam sebuah perkahwinan meriah dan berskala luar biasa.
BACA: Katrina Kaif, Vicky Kaushal Selamat Berkahwin, Jual Hak Siaran RM44 Juta Kepada ...
BACA: Didakwa Bakal Berkahwin 9 Disember, Katrina Kaif 'Terbangkan' 200 Tetamu Ke Hotel Mewah
#4 Pornografi suami Shilpa Shetty
Pada Februari 2021, polis Mumbai telah menahan beberapa individu dipercayai terlibat dengan kes pornografi. Julai 2021, suami kepada pelakon Shilpa Shetty, Raj Kundra ditahan dalam kes berkaitan.
Dipercayai Kundra terbabit mencipta dan menerbitkan kandungan pornografi untuk sebuah aplikasi.
Beberapa aktres termasuk Sheryn Chopra dan Poonam Panday antara yang difahamkan pernah ditawarkan Kundra untuk kandungan dewasa itu.
Kundra kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan kini berada di Mumbai.
BACA: Shilpa Shetty Pertahan Suami Hasilkan Konten Pornografi; "Erotik Bukan Lucah"
#5 Skandal dadah Aryan Khan
Pada Oktober 2021, anak sulung Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan telah ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) ketika di dalam sebuah kapal persiaran di pantai Goa.
8 ditahan termasuk Aryan dan pihak berkuasa menemui bahan terlarang ketika serbuan.
Kes Aryan dikendalikan oleh peguam hebat Satish Maneshinde dan selepas beberapa kali perbicaraan, Aryan tidak didapati bersalah dan telah dijemput ke parti berkenaan oleh seorang rakan.
Aryan dibebaskan dengan jaminan dan perlu hadir ke NCB setiap hari Jumaat.
BACA: Anak Shah Rukh Khan Ditahan, Pihak Berkuasa Jumpa Dadah Ketika Berpesta Di Kapal Persiaran
BACA: Tiada Layanan Istimewa, Anak SRK Makan Menu Penjara
BACA: 25 Hari Tidur Dalam Penjara, Aryan Khan Dibebaskan Dengan Ikat Jamin... SRK Menangis Syukur Boleh Sambut Deepavali Bersama
BACA: Ramai Sayang Aryan! SRK Korbankan Bodyguard Sendiri, Juhi Chawla Pula Tanam 500 Batang Pokok
#Kahwin #Viral #Shah Rukh Khan #Kareena Kapoor #Kontroversi #Dadah #Bollywood #Katrina Kaif #Aryan Khan #Shilpa Shetty #Pornografi #Panas #Kangana Ranaut #SRK #Vicky Kaushal #Gempak Top 2021 #Raj Kundra #Year Ender 2021