Laman Utama
#GempakWrapped2022: BTown Terus Bergelodak! Foto Eksplisit Ranveer, Kes Bunuh Diri, Baby Kilat Alia Bhatt & Filem Bikin Huru-Hara
Industri Bollywood tidak terkecuali terheret dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan sentimen dan sensitiviti masyarakat.
Foto eksplisit, kes bunuh diri, ketidaksensitifan agama serta kaum antara yang menjadi topik panas sepanjang tahun 2022.
Jom semak balik sorotan yang berlaku sepanjang tahun 2022 di BTown!
#1 Foto daring Ranveer Singh
Selesa dengan tubuh badannya, aktor kacak dan paling popular sepanjang tahun 2022, Ranveer Singh mencuri perhatian menerusi sesi fotografi separuh bogelnya bersama sebuah majalah antarabangsa.
Hal itu mencetuskan kemarahan peminat serta tindakan pihak polis atas dasar mengganggu ketenteraman awam.
#2 Laju sungguh Alia Bhatt timang bayi
Berkahwin pada April dan bersalin pada November! Pasangan pelakon Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor terus menjentik tanda tanya dalam kalangan peminat mereka.
Selain Alia, beberapa selebriti Bollywood lain turut menimang cahaya mata tahun ini antaranya Priyanka Chopra, Sonam Kapoor dan Bipasha Basu.
#3 Kematian penyanyi legenda Lata Mangeshkar
Lata Mangeshkar meninggal dunia pada 6 Februari 2022 ketika berusia 92 tahun selepas bertarung nyawa di unit rawatan rapi selama hampir sebulan akibat jangkitan COVID-19.
#4 Misteri pelakon berderet-deret bunuh diri
Jika beberapa tahun lalu BTown dikejutkan dengan kematian Sushant Singh Rajput, tahun ini beberapa pelakon muda Bollywood turut bertemu ajal dalam keadaan misteri, disyaki bunuh diri.
#5 Filem pun kena boikot
Beberapa filem tempatan India berdepan kritikan dan diboikot oleh segelintir pihak ekoran mengguris sensitiviti agama dan kaum. Antaranya Kaali, Brahmastra Part One: Shiva, The Kashmir Files dan Laal Singh Chaddha.
Poster filem Kaali yang memaparkan imej seakan-akan Tuhan sedang merokok dan bendera LGBTQ telah mencetuskan kemarahan.
Ranbir Kapoor, hero filem Brahmastra Part One: Shiva dikritik menerusi salah satu babaknya memasuki kuil dengan berkasut. Namun, pengarahnya menjelaskan Ranbir memasuki Durga Pandal, bukannya sebuah kuil.
Laal Singh Chaddha lakonan Aamir Khan dan Kareena Kapoor diboikot apabila aktor itu didakwa menghina tentera India.
Must-Watch Video