,
Hiburan

Geram Lihat Gaya Selebriti Lelaki Hadir Majlis Anugerah, Che Ta Hanya Bagi Komen Atas Dasar Artis - “You Go Vas Or You Go Home!"

Ernalisa
28/10/2024
07:55 MYT
“You go vas or you go home!" itu kata sinis pelakon Rozita Che Wan mengenai penggayaan sesetengah artis dalam berpakaian ketika hadir majlis atau acara berskala besar.
Baru-baru ini, Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta mendapat kecaman teruk daripada netizen apabila dia menyelar cara berpakaian seorang artis lelaki ketika menghadiri sebuah majlis anugerah.

BERITA BERKAITAN: "Kalau Boleh Nak Dia Jadi Ustazah" - Che Ta, Zain Saidin Enggan Anak Perempuan Jadi Pelakon

BERITA BERKAITAN: Alami Keracunan Makanan, Che Ta Dimasukkan Ke Hospital - "Dah 10 Tahun Tak Masuk Hospital, Kali Terakhir Ketika ..."

BERITA BERKAITAN: “Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

BERITA BERKAITAN: Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

Ibu kepada tiga anak yang 'in trend' dalam berfesyen ini juga menyelar dakwaan netizen yang kononya cara berpakaian artis lelaki berkenaan adalah 'sedap mata memandang’ dan mengikut kemampuannya.
"No! Salah. Netizen kena faham, saya komen berdasarkan saya artis… ini dunia artis. Kena faham. Kalau kita dijemput ke rumah orang dan tuan rumah dah tetapkan tema, kita kenalah ikut.

"Janganlah pakai asal boleh… kalau tak tahu fesyen, lantik perunding imej. Takkanlah artis tiada duitkan. Netizen yang tak tahu baik diam sebab saya bercakap atas dasar artis. Artis!" katanya ditemui Gempak.

Katanya lagi, secara logik netizen juga gemar melihat artis kesayangan mereka kelihatan cantik di kaca TV.
"Kita kecil-kecil dulu pun kalau tengok TV nak tengok artis yang cantik-cantik saja… yang pandai bergaya.

"Sebab itu saya kata, saya artis… saya beri pandangan benda yang betul. Kena terima," ringkasnya.

Sebelum ini, kecoh Rozita Che Wan meluahkan rasa kurang senang melihat fesyen sesetengah artis pada malam acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH36).
Dia mendakwa, sesetengah selebriti yang hadir ke acara tersebut dengan selamba mengenakan pakaian seperti baru balik bersenam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kotak TV Haram Mungkin Murah Namun Membahayakan Keluarga

gempak
09/10/2024
10:00 MYT
Jadi ada pihak yang cuba menggunakan kotak TV haram bagi menonton rancangan kegemaran secara percuma tanpa disedari anda telah menjemput bahaya ke rumah.
Laman Utama

Sebak, Anak Beri Bunga & Berpelukan Dengan Ibu Selepas Tonton Ma, I Love You

gempak
09/01/2023
06:51 MYT
Penonton mengalirkan air mata tonton Ma, I Love You
Laman Utama

Lebih Berbaloi & Hadiah Lumayan, Sambutan Lebih Kepelbagaian Bersama Go Shop!

gempak
24/04/2022
07:42 MYT
Wah raya ni mesti meriah dengan Go Shop
Artis Korea

Penangan BTS, You Quiz On The Block Catat Rekod Rating Tertinggi!

gempak
30/03/2021
06:51 MYT
Tak sabar nak tengok BTS malam ni, boleh tahan gila-gila juga dorang ni hehehe
Hiburan

Pelakon Siri TV 'YOU' Meninggal Dunia Akibat COVID-19

gempak
27/03/2020
00:06 MYT
Anmum