Disebabkan PUBG Mobile kini telah diharamkan di India, kebanyakan ‘gamers’ di negara itu sedang giat mencari permainan lain yang boleh memberikan kepuasan yang hampir sama.

Sebagai alternatif, ramai di antara mereka telah beralih kepada permainan dikenali sebagai PABJE atau nama penuhnya Player And BattleJung End.

Difahamkan, sehingga kini ia telah dimuat turun sebanyak 100,000 kali oleh pengguna daripada India.

Walaubagaimanapun, permainan yang dibangunkan sendiri oleh One-Touch Games di India itu telah dikritik hebat oleh netizen kerana mempunyai grafik yang sangat teruk.

Malah, ramai pengguna di media sosial menyifatkan game tersebut seperti permainan yang menggunakan telefon jenis lama.

Lebih teruk lagi, iklan yang dipaparkan secara mengejut ketika bermain membuat permainan tersebut menjadi bahan jenaka di media sosial.

Anda boleh lihat antara komen lucu netizen di bawah.

Sekadar info, PUBG Mobile antara 118 aplikasi yang diharamkan di India disebabkan ketegangan yang berlaku antara China dan India.

Selain PUBG Mobile, permainan lain seperti Arena of Valor dan Rise of Kingdoms juga turut diharamkan.