Kapsyen pelakon Almy Nadia yang kini sedang meneruskan misi menurunkan berat badannya menarik perhatian peminat.

Menerusi Instagramnya, Almy memuat naik foto makanan berpantang dengan kapsyen sinis seolah-hilang hilang sabar dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

“Day 39 pantang… Yes you can do it Almy Nadia… Brown rice + carrot + ayam rebus, no salt, no garam, semua tak ada rasa…

“Potong habis. Potong gula, potong garam, potong minyak, semua potong lantak, last-last susu drop. Hampa semua nak sangat aku kurus kan. Ambik kau orang semua… Mampos lantak...” tulisnya.

Day 39 pantang.. yesssss u can do it almy nadia.. “brown rice + carrot + ayam rebus “ no salt,no garam ,semua tak ada rasa.. potong habis. Potong gula,potong garam,potong minyak,semua potong lantak,last2 susu drop.. hampa semua nak sgt aku kurussskannn.,,,, ambikkkkk kauuuu org semua.. mampossss lantakkk...

A post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on

Ternyata kapsyen luahan Almy itu mengundang kerisauan peminatnya.

Menerus ruangan komen, rata-rata peminat meminta Almy bersabar dan melakukan diet secara sihat dan tidak terlalu drastik kerana khuatir akan menjejaskan kesihatan dirinya.

“Kalau kita jadi akak, susu anak no1, orang nak kata p lantak la... Sampai ke sudah memang kerja suka ngata je... Kita pun anak 3 baru lepas pantang orang ngata badan tak kuruih... Lantak p laaa janji anak cukup susu,” komen @aziezahrazak

“Kurus dengan sihat lah awak. Sian baby. Kita pun lepas beranak turun 30kg tapi makan sedap… Susu pun Alhamdulillah, kurus dengan ilmu... Sure cantik nanti. Awak kan cantik,” nasihat @ct.fitmom

Foto: Instagram @fizzalmy