Seorang guru dipercayai telah berbelanja sebanyak RM2,000 wang bonus yang diterima demi mengubahsuai kelas pelajarnya.

Menerusi perkongsiannya di Platform X, difahamkan guru tersebut memilih untuk melaburkan wang bonusnya itu semata untuk memberikan ruang belajar yang lebih ceria buat pelajar.
“Bonus RM2,000 pergi mana? Meh sini nak bagitahu. Ini gambar kelas aku sebelum buat renovation.

“Ni hasil saya kerja saja walaupun baru tiga bulan dekat sekolah ni! Insya-Allah jika dberikan tugas saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin pada masa yang akan dating.

“Ambil masa seminggu untuk siapkan kelas ni, ni bukan hasil kerja saya seorang tanpa bantuan ibu bapa, kakitangan pembersihan Sekolah Kebangsaan (Felda) Air Tawar 4 (SKAT4) dan guru-guru senior yang turut sama menyumbangkan idea serta pentandbir SKAT4 dan tak lupa juga PIBG,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Berita Trending: Netizen Seriau Tengok Pelajar Sekolah Rendah Zaman Sekarang ‘Crush’ Dekat Cikgu… Siap Confess! – “Saya…

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen dapat dilihat rata-rata netizen memuji semangat yang ditonjolkan guru ini dan menyifatkannya sebagai guru yang patut dicontohi.

“Terima kasih cikgu. Anak-anak akan ingat cikgu sampai mati.

"Wow cantik dan nampak cool.

“Pelaburan yang berbaloi. Semoga asbab kelas cantik, murid seronok nak belajar, murid perform, prestasi hebat dan guru-guru dan ibu bapa pun gembira. Pahala pun dapat. Tahniah, cikgu.

“Satu usaha yang bagus dan orang patut contohi.

“Wow mantap bro, semoga rezeki itu tidak hanya terhenti takat 2k tu tapi rezeki akan sentiasa mengalir selagi mana memberi manfaat kepada para pelajar. Syabas,” tulis beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 1 juta tontonan di Platform X.

Sekadar info, sebelum ini kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM2,000 insentif kepda penjawat awam bagi meringankan beban mereka buat persediaan menjelang Ramadan dan Syawal.

Guru Ini Berhabis RM2,000 Duit Bonus Buat Hias Kelas, Netizen Puji - “Wow Nampak Cantik & Cool!”

Seorang guru dipercayai telah berbelanja sebanyak RM2,000 wang bonus yang diterima demi mengubahsuai kelas pelajarnya.

Menerusi perkongsiannya di Platform X, difahamkan guru tersebut memilih untuk melaburkan wang bonusnya itu semata untuk memberikan ruang belajar yang lebih ceria buat pelajar.

“Bonus RM2,000 pergi mana? Meh sini nak bagitahu. Ini gambar kelas aku sebelum buat renovation.

“Ni hasil saya kerja saja walaupun baru tiga bulan dekat sekolah ni! Insya-Allah jika dberikan tugas saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin pada masa yang akan datang.

Berita Trending: Hati-Hati! Guru Jadikan Murid Sebagai Kandungan Media Sosial Bakal Berdepan…

“Ambil masa seminggu untuk siapkan kelas ni, ni bukan hasil kerja saya seorang tanpa bantuan ibu bapa, kakitangan pembersihan SKAT4 dan guru-guru senior yang turut sama menyumbangkan idea serta pentandbir SKAT4 dan tak lupa juga PIBG,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.