Bintang Gegar Vaganza (GV7), Ayu Damit kini lebih bersemangat selepas mendapat ‘restu’ daripada vokalis kumpulan OAG, Radhi.

Bakal menyampaikan lagu berjudul Senyuman Ragamu, Ayu menyatakan rasa terima kasih kepada Radhi kerana memberikan kata-kata positif dan semangat kepadanya untuk melakukan persembahan di konsert ketiga GV7 Ahad ini.

“Abang doakan semoga Ayu sentiasa konsisten, kena semangat! Keep it on,” katanya

Ayu juga turut berkongsi video pendek yang merakamkan Radhi menyanyinya lagu tersebut kepadanya.

“Wah dapat whatsapp dari abang @radhioag. Terimaa kasih abang Radhi bagi kata-kata semangat dekat Ayu untuk lagu Senyuman Ragamu @gerhana_skacinta @radhioag untuk minggu ke-3 GV7,” coretnya.

Wah ??? dapat watsapp dari abg @radhioag ??? Terimaa kasih abg radhi bagi kata kata semangat kat ayu untuk lagu senyuman ragamu @gerhana_skacinta @radhioag untuk minggu ke 3 GV7 @gegarvaganzaofficial @astrogempak https://voting.astro.com.my/anugerahnextlevel/ #indigitalmusic #ayudsmitgv7 #ayudamit #ayufantastic_official #gegarvaganza2020 #gegarvaganza7 #gv7 #astrogempak #cuckoohealthyhome #adabiconsumer #samasamagv7

A post shared by Ayu Damit ? (@ayudamit) on


Selain Ayu, 13 bintang lain yang bakal beraksi di konsert ketiga GV7 adalah Muss, Linda Nanuwil, Cliff Umar, Ashira, Oja, Nomad, AJu Success, Noraniza Idris, Eva, Rozita Izlyn, Yantzen dan Indigo.

BACA: GV7: Noraniza Idris & Aju Success Markah Sama, Ini Recap Dan Komen Juri Di Konsert Kedua

BACA: Haslinda Bintang Pertama Tersingkir, Tiada Lagi Cinderella di Pentas GV7

BACA: GV7: “Masih Ada Yang Ingat Saya? Tak Mengapa Juri Lebih Arif” – Tersingkir, Haslinda Anggap Tak Ada Rezeki

BACA: Corat-Coret GV7: Angin Pasang Nabil, Ayu Scooby-Doo, Dan Baju Linda Tersangkut

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, Kapsul Gegar Vaganza akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.