,
Hiburan

Hadir Konsert Efek Rumah Kaca, Peminat Bertuah Ada Peluang Dapat Gitar RM2,000

Maliah Surip
11/09/2024
16:55 MYT
Band Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK) teruja untuk bertemu peminat menerusi Konsert Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL pada 25 Oktober ini.

BERITA TRENDING: Liarnya Efek Rumah Kaca, Damainya Parade Hujan ; Dua Pertembungan Yang ‘Gila’!

Namun bukan hanya anggota kumpulan ERK iaitu Cholil Mahmud (vokal utama, gitar), Poppie Airil (vokal latar belakang dan bes) dan Akbar Bagus Sudibyo (dram, vokal latar belakang) dan Reza Ryan (gitar) sahaja yang patut teruja untuk beraksi tetapi peminat yang sudah membeli tiket dan bakal hadir juga patut mempunyai perasaan serupa.
Hal ini lantaran ERK tidak hanya akan melantunkan untaian hit mereka tetapi penganjur Shezco Sdn Bhd menyediakan sesuatu istimewa yang bakal meninggalkan impak pada malam konsert.

Hadiah gitar RM2,000

Peminat bertuah akan pulang dengan gitar bernilai RM2,000 yang tentu sahaja memiliki tanda tangan setiap anggota ERK.

“Istimewa buat peminat bertuah, anda akan menerima gitar bernilai RM2,000 bersama tanda tangan anggota ERK.

“Selain gitar, dua peminat bertuah akan menerima sekeping vinyl khas album terbaharu ERK berjudul Rimpang," kata Fandy dalam pertemuan virtual bersama media. Selain itu diskaun 15 peratus juga diberikan kepada pembeli dua tiket berdiri sempena Bulan Kemerdekaan.
Menyentuh mengenai konsert solo mereka untuk tahun ini di Malaysia, ERK memberitahu akan menunaikan hasrat peminat dengan membawa lagu mengikut permintaan.
“Boleh beritahu awal di media sosial atau permintaan anda pada malam konsert akan cuba ditunaikan ya,” janji ERK.

Rimpang

Tentu sahaja pada malam konsert, ERK akan mendendangkan hit mereka seperti Disember dan Jatuh Cinta Itu Biasa dan memperkenalkan buat pertama kali karya dari album terkini, Rimpang.
“Kami harap semoga para penonton senang dan bisa menerima karya-karya kami terutama yang terakhir kerana kami tidak mahu mengulang karya di album lama.
“Rimpang juga akan pertama kali dimainkan pada malam konsert tersebut,” ujar ERK.
Sementera itu bercakap mengenai usia band yang sudah melewati 20 tahun, ERK percaya kewujudan mereka dalam belantika muzik dan terus melahirkan karya kerana perasaan ingin tahu untuk terus meneroka.
“Kami berasa belum puas dan haus untuk mengetahui tentang muzik. Jadi sepanjang lebih 20 tahun ini kami menggali terus tentang muzik. Perasaan ingin tahu membuat kami kekal sehingga kini,” ujar ERK yang pertama kali memakai nama Efek Rumah kaca secara rasmi pada tahun 2005.

BERITA TRENDING: Kejayaan Baru Nabila Huda, Tiket Konsert Efek Rumah Kaca x Pusakata Payung Teduh Sold Out Dalam Masa 50 Minit!

BERITA TRENDING: Bersedia untuk Moves Like Jagger? Maroon 5 Singgah Malaysia Februari 2025

BERITA TRENDING: Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.