Hiburan

Haiza Hanafi Dedah Kerusi Urut Permintaan Terakhir Jaafar Onn - "Tapi Tak Sesuai Untuk Arwah Sebab..."

Asyikin Mayudin
03/04/2024
09:17 MYT
Penyanyi dan pengacara Haiza Hanafi mendedahkan kerusi urut merupakan permintaan terakhir selebriti terkenal Allahyarham Jaafar Onn sebelum meninggal dunia pada pagi, Rabu.

BERITA TRENDING: Jaafar Onn Meninggal Dunia

Bagaimanapun, Haiza memberitahu kerusi urut itu tidak sesuai untuk digunakan arwah selepas berbincang dengan anak angkat arwah iaitu Mohd Hanif dan beberapa rakan selebriti.
"Permintaan terakhir papa (Jaafar Onn) ialah nak kerusi urut. Katanya saja nak buat baring nak rehat dengan selesa.
"Tapi saya rujuk juga dengan anak angkatnya, Hanif. Saya juga tanya pendapat rakan-rakan artis lain antaranya Kak Salwa, Ismaliza dan Rina Eva dalam grup WhatsApp yang kami wujudkan.
"Mereka cakap kerusi urut tidak sesuai untuk arwah kerana mencengkam tapak kaki dia kerana kakinya dah keluar air bisa,” katanya kepada Gempak.

PILIHAN PEMBACA: Jaafar Onn Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Ketika Melalui Prosedur Endoskopi - “Doktor Ada Beritahu Berisiko Sebab…”

Dalam pada itu, Haiza berkata mereka tetap menjalankan amanah dengan memberikan wang derma daripada rakan-rakan selebriti kepada Allahyarham.

BERITA TRENDING: Cili Padi, Tyson & Bunga Matahari, Semua Generasi Punya Kenangan Dengan Allahyarham Jaafar Onn

“Kita jalankan amanah kita itu, dengan berbincang dalam grup cakap tak sesuai kerusi itu tukar kepada tunai. Bila dapat tahu kerusi itu tak sesuai, saya hubungi rakan untuk minta izin saya keluarkan tunai bagi terus kepada arwah.
“Dengan izin kawan-kawan yang sudah menderma. Semua duit itu sudah dimasukkan ke dalam akaun arwah,” ujarnya.
Untuk info, jenazah akan diuruskan dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor.
Terdahulu, Jaafar Onn dilaporkan telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira jam 11.33 pagi Rabu akibat serangan jantung ketika melalui prosedur endoskopi.
Kesihatan arwah dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

PILIHAN PEMBACA: Azizul Khamis Sebak Kongsi Kenangan Bersama Jaafar Onn - “Ada Lagi Baju-Baju Yang Diberikan Arwah, Saya Pakai”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.