Penyanyi Lufya Omar tampil memberikan kata-kata nasihat dan dorongan kepada pelakon Rita Rudaini yang kembali terhimpit kontroversi dengan bekas suami, Aidil Zafuan baru-baru ini.

Kata Lufya, anak merupakan tanggungjawab suami 100 peratus dan bukan sekadar memberikan nafkah tetapi juga perhatian.

"Buat pengetahuan umum dalam Islam memang tanggungjawab anak tu 100 peratus si ayah.

"Hak anak itu bukan sekadar mendapat nafkah sahaja tetapi perhatian. Kasih sayang dan juga didikan.

"Pasal Kak Rita saya salute wanita kuat seperti dia. Semoga Allah jaga Kak Rita dan anak-anak," katanya.



Lufya mengulas situasi Rita dalam ruangan soal jawab bersama peminat di Instagram Stories baru-baru ini.

Terdahulu, Rita kesal apabila bekas suaminya tampil mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian nafkah anak-anaknya dengan menyatakan nilai bulanan RM3,000 sejak 2013.

BACA: "Saya Beri Nafkah Kepada Anak-Anak Setiap Bulan Tanpa Gagal, Saya Ada Bukti" - Sering Difitnah, Aidil Zafuan Akhirnya Bersuara!

Malah, jelas Rita, Aidil tidak sepatutnya mencanang perihal itu kepada khalayak dan menghubunginya sekiranya punyai masalah.

BACA: "Berbunyi Pasal LHDN Ke? Kenapa Pergi Claim? Kesian Saya Bela Anak Sorang-Sorang" - Rita Rudaini Balas!

Tegas Rita lagi, tanggungjawab Aidil bukan semata-mata memberikan wang ringgit kepada anak-anaknya tetapi juga perhatian.