Anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid menulis ucapan manis untuk isterinya, pelakon Tya Arifin yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-25 semalam.

Perkara itu dikongsi Asyraf menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

Asyraf juga mengucapkan terima kasih kepada Tya kerana sering bersamanya ketika susah senang yang dihadapi.

"Hari yang sangat istimewa, hari lahir isteri saya yang cantik! Happy birthday my baby sayang @tyaarifinnw!

"Terima kasih kerana sentiasa menjadi isteri yang baik serta ibu yang hebat kepada Arif dan Zahra.

"Terima kasih sayang kerana sentiasa menyokong saya ketika susah senang dan sering menasihati saya untuk sentiasa berusaha dan tidak berputus asa," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Asyraf turut mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan Tya.

Dalam pada itu, Tya turut berkongsi beberapa ucapan dari teman dan peminatnya di ruangan IG Story miliknya.

Tya juga berkongsi sekeping foto beserta kapsyen ringkas yang menggambarkan hari istimewanya itu menerusi sebuah entri di IG.

It’s a very special day today, it’s my beautiful wife’s Birthday! Happy Birthday my baby sayang @tyaarifinnw! Thank you sayang for being the most amazing wife to me & a supermom for Arif & Zahra. Sometimes, i wonder what have i done right for Allah to bless me with such amazing gift to my life. Thank you sayang for being there thru our ups & downs, for never giving up, for always encouraging me to try again, a little harder, everytime. Sayang, i know i’m not the best person in the world, but with you by my side, i know i can continuously get better & one day be the person I dream to become. Sayang, you have been the best wife i could ask for. You are always there for me, you take good care of me & my kids, you look amazingly beautiful, you are just a perfect wife to me. Thank you for being you, and please be with me forever ya? I love you so much sayang. 1st Picture was when we 1st started dating. Swipe to see my journey thru ‘Thick & Thin’ ?

A post shared by Tun Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) on


25th ?

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on


Asyraf dan Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015.

Menerusi perkongsian hidup itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun dan Azzahra Jiwa yang dilahirkan pada Mei baru-baru ini.