,
Laman Utama

Hawar Berdarah Punca Kerbau ‘Mowgli Malaysia’ Mati? Apakah Sebenarnya Maksud Wabak Ini?

Hanafis Haris
15/09/2020
07:45 MYT

Semalam kita dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila lebih 25 ekor kerbau peliharaan bapa ‘Mowgli Malaysia’ mati secara tiba-tiba sejak Rabu lalu.

Kematian haiwan ternakan yang menjadi kesayangan 'Mowgli' atau nama sebenarnya, Muhammad Syukor Khamis mengakibatkan keluarga itu kerugian lebih RM200,000.

Punca kematian haiwan ternakan itu akibat penyakit hawar berdarah.

BACA: FOTO: Lebih 25 Kerbau Mati, Sebak Lihat Mowgli Malaysia Tetap Di Sisi Haiwan Kesayangan Hingga Saat Akhir

Namun, dalam pada ramai bercakap mengenai hawar berdarah, apakah sebenarnya penyakit berkenaan?

Menerusi Astro Awani yang memetik laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), penyakit Hawar Berdarah atau Haemorrhagic Septicaemia (HS) merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.

Penyakit tersebut menyebabkan septisemia akut pada lembu dan kerbau, namun lebih mudah menjangkiti kerbau.

Menurut laporan yang sama, ternakan babi juga boleh dijangkiti HS pada kadar yang rendah.

Sementara itu, jangkitan pada bebiri dan kambing pula adalah jarang dilaporkan.

Menurut laporan itu, penyakit HS disebabkan oleh salah satu daripada dua serotip Pasteurella multocida, iaitu serotip B:2 dan E:2.

Wabak penyakit di Malaysia adalah disebabkan oleh serotip B:2.

Simptom penyakit pula termasuklah haiwan mengalami kemurungan, bengkak di kepala, leher dan dada, mulut dan hidung yang berbuih serta sukar bernafas.

Penyakit HS kerap menyerang pada musim hujan dan wabak penyakit tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa.

Bagi mencegah dan mengawal penyakit tersebut pula, laporan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) HS telah menggariskan strategi berikut.

• Pelaporan

• Rawatan

• Vaksinasi

• Kawalan Pemindahan

• Survelan

• Pelupusan

• Pengurusan Fail Kes

• Dayajejak

• Langkah Biosekuriti

• Khidmat nasihat

• Kempen kesedaran awam

• Rekod

Sumber : Astro Awani

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Keropok Lekor Losong Sudah, Terengganu Disaran Patenkan 'Ikan Celup Tepung' Pula

gempak
12/11/2024
12:39 MYT
Terengganu disaran mempatenkan produk makanan, ikan celup tepung yang popular di negeri ini, sebagai harta intelek bawah kategori Petunjuk Geografi (GI).
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Berita

"Saya Nampak Tayar Ativa Gilis Badan Zharif" - Saksi

gempak
12/11/2024
06:49 MYT
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, kereta Perodua Ativa yang dipandu pegawai kanan polis melanggar motosikal ditunggang seorang pelajar dari belakang sebelum menggilis badan mangsa, Disember tahun lalu.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Viral

Promosi Bisnes Cara Lucah, Netizen Kurang Senang Peniaga Guna Marketing Memalukan - “Boikot Sahaja!”

gempak
11/11/2024
04:55 MYT
Tular baru-baru ini beberapa video memaparkan peniaga mempromosikan donut susu dengan aksi lucah.
Unitar