Viral

"Hilang 13 Kilogram, Baju Lama Tak Boleh Pakai Dah ..." - Seksi Dottie Bersebab, Nak Bereksperimen Katanya!

gempak
Amri Hassan
08/11/2019
09:28 MYT
Sponsor Banner
"Hilang 13 Kilogram, Baju Lama Tak Boleh Pakai Dah ..." - Seksi Dottie Bersebab, Nak Bereksperimen Katanya!
Pelakon Dottie menjelaskan penampilannya terkini yang semakin seksi disebabkan perubahan berat badannya.
Jelas pemilik nama sebenar Nor Syuhaida Abdul Razak itu, dia hilang 13 kilogram sejak mengamalkan diet dari awal tahun ini dan sedang mencuba gaya terbaharu yang bersesuaian dengannya.
"Saya sebenarnya baru nak meneroka gaya baharu yang sesuai untuk saya disebabkan hilang berat badan.
"Jadi, pakaian lama sudah tak boleh pakai.
"Bagi saya, tak adalah seksi melampau pun cuma mungkinlah pandangan segelintir orang yang melihat saya seksi kerana bentuk badan saya.
"Sejak awal tahun lagi saya mula berdiet dan sudah turun sebanyak 13 kilogram," dedahnya kepada Gempak.
Dottie yang ditemui pada majlis sambutan ulangtahun ke-20 majalah urban EH! di JW Marriot Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu dia hanya mengamalkan diet sihat dengan menjaga pemakanan.
"Kalau nak ikutkan, perlahan juga progres penurunan berat badan saya ini tetapi saya tak kisah asalkan caranya sihat.
"Saya berdiet bukan sebab orang kutuk tetapi untuk diri sendiri, apabila usia sudah bertambah lebih baik kita mencegah daripada mengubati.
"Kaedah saya cumalah menjaga pemakanan, elakkan minuman manis, bersenam dan mengambil vitamin tambahan sahaja," tambahnya.
Dottie sebelum ini meraih perhatian ramai apabila tampil dengan imej terbaharu yang lebih daring dan seksi.
BACA: Semakin Kurus, Netizen Puji Dottie Dah Berani Tunjuk Perut!
Malah, ada antara baju yang digayakan menampakkan sebahagian daripada perutnya hingga mengundang kata-kata kurang senang netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live