Laman Utama

Hina! Lelaki Umur 53 Tahun Cabul 2 Anak Saudara Sebab...

gempak
Izwan Isa
20/09/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
Hina! Lelaki Umur 53 Tahun Cabul 2 Anak Saudara Sebab...

Seorang lelaki dari Kota Makassar, Sulawesi Selatan diberkas polis atas tuduhan mencabul dua anak saudaranya yang masing-masing berusia 11 dan 9 tahun.

Difahamkan, lelaki berkenaan melakukan perbuatan hina itu kerana tidak mendapat layanan sepatutnya oleh isteri.
“Menerusi pengakuan pelaku, dia mendakwa dirinya jarang dilayan oleh isteri… jadi dia bertindak mencabul anak buahnya,” ujar Ketua Unit PPA Polis Makassar Inspektor Syahruddin Rahman.
Menurut Rahman, hal tersebut disedari apabila kanak-kanak malang itu memberitahu si ibu yang bapa saudara telah memegang bahagian kemaluannya.
Menurut lelaki berusia 53 tahun itu, dia mencabul dua anak saudaranya masing-masing sebanyak tiga dan satu kali.
“Mangsa dipanggil oleh bapa saudara masuk ke dalam bilik. Kemudian, mangsa diberi main permainan video pada telefon bimbit.
“Setelah diberikan telefon bimbit, di situlah lelaki berkenaan melakukan aksinya. Setelah melakukan itu, dia juga beri duit sebanyak Rp 5 ribu (RM1.50)," katanya lagi.
Akibat perbuatannya, lelaki tersebut didakwa mengikut 82 Undang-Undang Nomor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak dengan ancaman hukuman penjara 15 tahun. Kedua-dua mangsa juga kini menerima perlindungan untuk pemulihan trauma.
"Kami minta bantuan daripada UPT PPA. Kami akan menulis kepada khidmat sosial untuk bantuan atau penilaian. Biasanya kami menerima bantuan psikologi untuk membantu memulihkan trauma mereka," katanya lagi.
Sumber: DetikSumut
BACA: Lelaki Cabul Anak Tiri Berulang Kali Ketika Isteri Baru Sahaja Bersalin​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live