Laman Utama

Hubungan Neelofa, Pu Riz & Keluarga Baik - "Akan Umum Tarikh Kahwin Dalam Masa Terdekat"

gempak
Zulaikha Yusof
28/01/2021
08:32 MYT
Sponsor Banner
Hubungan Neelofa, Pu Riz & Keluarga Baik - "Akan Umum Tarikh Kahwin Dalam Masa Terdekat"
Usahawan terkenal, Neelofa, 32, menyatakan hubungan dia dan Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, berada dalam keadaan baik.
Kata Neelofa, dia dan Riz diduga dengan dugaan sama seperti orang lain yang berada dalam fasa darah manis.
"Apa yang boleh saya katakan hubungan kami sekarang lebih baik dan lebih positif. Untuk berkongsi perkara lebih serius, saya akan kongsi nanti.
"Tipu la tak ada pahit manis atau naik turun dalam hubungan. Saya merasai benda yang sama, ada masa, ada salah faham.
"Kami berdua berjaya mengatasi dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah, semua makin baik dan positif," katanya.
Neelofa berkata demikian semasa sidang akhbar bersama pihak media untuk pelancaran aplikasi TheNoor, sebentar tadi.
Tambah bekas Hos MeleTOP itu, hubungan ahli keluarganya dengan Riz juga makin pulih.
"Alhamdulillah perlahan-lahan selepas kami berbincang dan berkomunikasi. Hubungan makin baik dan pulih.
"Kami pun bagi masa, tidak memaksa semua orang untuk faham dan menerima. Saya bersyukur sangat," katanya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa berkata dia akan berkongsi tentang maklumat perkahwinannya dalam masa terdekat.
"Untuk berkongsi mengenai benda-benda yang lebih serius itu, saya akan berkongsi kemudian. Untuk bercakap mengenai maklumat perkahwinan, saya akan kongsi dalam masa terdekat, Insya-Allah," kata Neelofa.
Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai hubungan Neelofa selepas ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial Instagram (IG).
BACA: Ibu & Adik Beradik 'Unfollow' & Delete Foto Pertunangan..Viral Whatsapp Dakwa Pu Riz, Neelofa Sudah Bernikah?
Tidak membiarkan berlanjutan, Neelofa akhirnya bersuara menafikan semua pertuduhan mengenai dirinya.
BACA: Neelofa Nafi Sudah Berkahwin, Beri RM100,000 & Terkena Minyak Pengasih Dari PU Riz
Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh Riz pada 1 November tahun lalu di kediaman keluarga Neelofa.
Instagram: @neelofa, @hrisbismail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live