Pelakon Sari Yanti mendedahkan anak perempuannya, Dariya Inara tidak mahu makan sejak tiga hari lalu.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Sari akui risau Dariya tidak cukup nutrisi memandangkan tidak ingin nasi dan susu formula.

"Penat 2 3 hari ni asyik la kena pujuk makan.

"Ni dari tadi pujuk satu sudu pun tak dapat. Asyik buang-buang food je.

"I feel like crying don't know what to do. Dah la tak nak makan nasi.

"What else mama nak buat ni dariya..Susu formula pun tak nak.

"Risau dia tak cukup nutrition," luah Sari.



Rata-rata pengikut Sari tidak lokek berkongsi tips untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk makan.

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah membantunya.



Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.

Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.