Pelakon Mira Filzah menjawab dakwaan tidak puas hati netizen mengkritik gaya serta pemilihan pakaiannya yang dianggap semakin ketat.

Enggan mengambil peduli kata-kata negatif yang dilemparkan, Mira berkata dia masih tahu dan menjaga etika pemakaiannya.

“Bila bercakap soal netizen kita tidak boleh kawal, kadang-kadang benda simple pun saya pernah nampak mereka komen.

“Jadi apa yang saya nampak benda yang kita buat betul pun salah, ada antara mereka menegur cara positif dan ada setengahnya berunsur kecaman.

“Yang negatif tidak perlu nak ambil kira sangat. As for me, I know what I’m doing, saya masih lagi menjaga jaga batas.

“Tidak adalah keterlaluan, bergantung kepada situasi. Kalau baju longgar mungkin tudung tu akan ke atas sikit, kalau baju ketat saya akan labuhkan tudung, kebanyakkannya begitu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mira juga tidak menolak nasihat-nasihat yang diberikan kepadanya dalam bentuk teguran positif.

“Komen memang saya ada baca, mana yang kita rasa betul kita ambillah untuk memperbaiki pada masa akan datang.

“Tapi yang mana berunsur kecaman tu kita padam jugalah sebab kadang-kadang saya nampak yang memberikan komen ini muda lagi.

“Belasan tahun yang mungkin dia sendiri tidak bertudung, jadi kita tak tahu betul atau tidak sebenarnya niat dia untuk komen itu ikhlas atau pun berunsur kecaman.

“Mana komen yang positif kita ambil dan muhasabah diri. As time goes by kita cubalah perbaiki pada masa akan datang.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memuat naik gambar di media sosial. Sebelum ini pun memang saya berhati-hati dan tidak upload sesuka hati.

“Tapi itu pun kalau ada yang tak puas hati lagi tak apa lah jadi selepas ini kita tapis lagi. Saya sentiasa percaya apa yang kita cakap kita akan dapat juga.

“Jadi sentiasa berkata perkara-perkara yang baik, Insya-Allah benda tu akan sampai pada orang tu dan pada kita juga.

“Kalau kita berkata tidak baik pada orang tu, benda-benda negatif, secara automatiknya hidup kita pun akan jadi negatif. So be positif and spread good words,” ujarnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).