Pelakon Datin Diana Danielle mendedahkan berat badannya turun sehingga tujuh kilogram baru-baru ini.

Pun begitu, Diana akui tidak menyedari penurunan mendadak tersebut.

“Saya kurang tujuh kilogram semenjak kebelakangan ini, tak sedar pun!

“Berapa yang korang penah paling banyak turun berat badan tanpa sedar? Ke naik? Coming Soon…” tulisnya.

Isteri kepada aktor Datuk Farid Kamil itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Diana memuat naik foto yang menunjukkan tubuhnya yang langsing ketika berada di sesi penggambaran.

Entri tersebut turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata memuji tubuhnya yang langsing meskipun statusnya sebagai ibu kepada dua orang anak.

Malah tidak kurang juga yang respon kepada soalannya.

“Diana…you inspired me,” puji peminatnya.

“Wah bestnya akak punya berat tak turun lagi ni,” respon peminatnya.

“Patutlah nampak makin slim sis? Tips please,” komen pengikutnya.

Diana mendirikan rumah tangga dengan Farid pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

I lost about 7kgs lately, tak sedar pun! Berapa Yg korang penah paling byk turun berat badan tanpa sedar? Ke naik? ?? Coming sooooon.............

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on