,
Laman Utama

Individu Selamatkan Enam Sekeluarga Lemas, Menggigil Lihat Kejadian Berlaku Depan Mata – “Dengar Tangisan Kanak-Kanak & Jeritan Minta Tolong”

Ernalisa
26/08/2024
11:25 MYT
Tindakan berani dua lelaki berjaya menyelamatkan enam sekeluarga daripada lemas selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam parit di Kilometer 15, Jalan Selama-Bagan Serai, Sabtu lalu.
Kejadian sekitar jam 3.45 petang itu disaksikan oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kamal Ramli, 36, yang turut membantu mangsa kemalangan.
Menurutnya, dia yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, melihat kereta mangsa yang berada di hadapannya telah terlanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke dalam parit.

BERITA BERKAITAN :Pilih Konsep ‘Child Free’, Alasan John Cena: “Saya Ada Banyak Perkara Nak Buat”

BERITA BERKAITAN : Wanita Tergamak Lempar Bayi Baru Lahr Tujuh Jam Dari Motosikal

BERITA BERKAITAN : Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

BERITA BERKAITAN : Video Temu Bual Jadi Tular, Azira Shafinaz Bangga Dengan Kejayaan Ibu - “Orang Selalu Cakap Muka Saya Bila Dah Tua Macam…”

"Menggigil melihat kejadian berlaku depan mata, tambahan dengar tangisan kanak-kanak dan jeritan kuat minta tolong dari tempat duduk belakang sambil menggapai tangan.

"Saya yang panik terus meminta bantuan pengguna jalan lain sampailah dua lelaki bermotosikal berhenti dan tanpa fikir panjang terus terjun mendapatkan tiga kanak-kanak yang masih kecil untuk dibawa ke tempat selamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Terdahulu, tular video berdurasi 35 saat di media sosial memaparkan kereta jenis Proton Iriz berwarna hitam telah terbabas ke dalam parit yang dipenuhi air.
Menerusi video itu, seorang kanak-kanak lelaki yang berada di bahagian penumpang belakang meraih bahu lelaki yang berenang ke arahnya dan terdapat seorang lagi kanak-kanak didukung oleh remaja perempuan berusia 13 tahun.
Dalam pada itu, seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan turut menghulurkan kanak-kanak dipegangnya kepada seorang lelaki lain untuk diselamatkan.
Tambah Kamal, dia bersyukur kesemua mangsa berjaya diselamatkan sebelum kereta terbabit tenggelam. "Saya sendiri pun menggigil hendak turun berikutan trauma kerana mempunyai pengalaman hampir lemas ketika kanak-kanak dahulu.

"Niat saya merakam kejadian itu adalah untuk hargai keberanian abang tersebut dan beberapa individu lain yang sanggup terjun membantu mangsa kemalangan itu walaupun air ketika itu sangat dalam," katanya.

Dia juga terkejut video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya dibanjiri dengan pujian daripada warganet yang mengagumi tindakan pantas orang awam membantu menyelamatkan mangsa kemalangan.
Sumber: Awani menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fazura Titip Pesanan Buat Fatima Aisya – “Kuat Dan Tabah...”

gempak
13/09/2024
09:55 MYT
Aktres Nur Fazura menitipkan pesanan buat anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, 3.
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Hiburan

Kongsi Video Luang Masa Dengan Anak, Netizen Puji - “Very Fatherly Tok Ram, Dalam Serius Ada Lembut..”

gempak
12/09/2024
06:25 MYT
Sejak kehadiran anak angkat sebagai penyeri hidup, Datin Alyah dilihat sering berkongsi momen keluarga kecilnya di media sosial.
Hiburan

Abby Abadi Rasa Rindu Bila Peluk Model Persis Wajah Anak - “Tiba-Tiba Datang Rindu”

gempak
11/09/2024
23:55 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.