Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu pernah menyelamatkan sahabatnya yang juga pelawak, Ajak Shiro yang terkandas di sebuah pulau menggunakan helikopter.

BERITA TRENDING: Shuib Dah Bukan Lagi Penyampai Radio, Mahu Fokus Bisnes!

Kejadian itu dikongsikan Shuib menerusi Instagramnya dalam satu video memaparkan dirinya berada di dalam helikopter yang berlegar di atas pulau berbatu.

"Selamat hari lahir sahabat, Ajak Shiro. Yang baik-baik untuk kau dunia dan akhirat. Ingat, aku pernah selamatkan kau semasa kau terkandas di pulau. Terus sukses dunia akhirat," tulisnya.

Hantaran Shuib itu menerima komen daripada Ajak yang mengucapkan terima kasih atas jasa sahabatnya itu.

"Terima kasih Eib (Shuib). Terima kasih selamatkan aku. Semoga persahabatan kekal hingga tutup mata. Aku sayang kau Syeikh," balas Ajak.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Hantaran itu turut di komen beberapa rakan artis dan selebriti antaranya, Sharifah Shahirah dan DJ Lin.

PILIHAN PEMBACA: Ajak Shiro Punca Shuib Mengalir Air Mata, Terdiam Saat Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah