Kisah adik beradik merupakan jalan cerita yang paling kerap diangkat karyawan seni untuk tatapan penonton.

Baik di layar lebar mahupun kaca, watak-watak yang digambarkan mempunyai pertalian darah ini kadang-kala memberi impak besar dalam kalangan masyarakat.

Apatah lagi jika jalan cerita karya itu sendiri memang bersubjekkan hubungan kekeluargaan dan adik beradik antara watak.

Berita Trending: Nahas Rombongan Guru: Salah Seorang Mangsa Sempat Video Call Suami Sebelum Nahas

Berita Trending: TERKINI: Tiga maut, 37 Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Rombongan Guru

Berita Trending: Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan Pelajar Ketika Tidur

Berita Trending: Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji

Berita Trending: Netizen Marah Anak Lelaki Krisdayanti Pilih Ibu Tiri, Sifatkan Orang Paling…

Berikut merupakan watak adik beradik popular dan ikonik yang pernah diangkat dalam karya filem mahupun drama siri:

Charmed (1998)



Naratif siri popular ini mengikuti trio tiga beradik ahli sihir, Phoebe lakonan Alyssa Milano, Prue (Shannen Doherty), Piper (Holly Marie Combs) yang paling berkuasa sepanjang zaman. Menerusi kuasa The Power Of Three, ketiga-tiga mereka bergabung dalam melindungi nyawa yang tidak berdaya daripada gangguan kuasa jahat.

My Fair Princess (1998)



Ditulis oleh Chiung Yao, siri ini berlatarkan dinasti Qing abad ke-18 semasa pemerintahan Maharaja Qianlong. Ia mengikuti kisah Xiao Yanzi (Zhao Wei), seorang gadis gelandangan naif berperwatakan tomboi yang asalnya seorang yatim piatu di Beijing yang. Selepas berkawan dengan anak perempuan tidak sah taraf maharaja bernama Xia Ziwei (Ruby Lin), Ziao Yanzi secara kebetulan ditabalkan menjadi puteri menggantikan wanita itu secara tidak sengaja.

Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016)



Ketika gerhana matahari penuh berlaku, seorang wanita dari abad ke-21 berusia Go Ha Jin (Lee Ji Eun), secara tidak sengaja kembali ke masa lalu, iaitu kembali ke Dinasti Goryeo. Ketika sudah kembali sedar, Go Ha Jin kini berada pada tahun 941 dalam tubuh Hae Soo, antara putera-putera raja keluarga Wang yang memerintah, semasa pemerintahan Raja Taejo. Dia pada mulanya jatuh cinta dengan Putera Ke-8, Wang Wook (Kang Ha Neul) yang lembut dan berhati hangat, tetapi kemudiannya menjalin hubungan dengan Wang So (Lee Joon Gi), Putera Ke-4 yang garang, yang menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng. Apabila cerita itu berkembang, Hae Soo mendapati dirinya tanpa disedari terperangkap dalam politik istana dan persaingan antara putera raja, ketika mereka merebutkan takhta.

A Series Of Unfortunate Events (2004)



Siri ini mengikuti kisah tragis tiga anak yatim iaitu Violet lakonan Malina Weissman, Klaus (Louis Hynes) dan Sunny Baudelaire (Presley Smith) yang sedang menyiasat kematian misteri ibu bapa mereka. Mereka dibebani dengan penjaga jahat bernama Count Olaf (Neil Patrick Harris), yang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan warisan keluarga Baudelaires. Jadi, Violet, Klaus dan Sunny sentiasa berusaha dalam usaha menghentikan segala perancangan jahat Olaf itu. Siri ini diadaptasi berdasarkan siri buku terlaris oleh Lemony Snicket atau Daniel Handler.

The Experts (2024)



Filem pecah panggung ini mengisahkan Farid lakonan Datuk Aaron Aziz berserta adik-adiknya iaitu Amer (Remy Ishak), Lan (Ray Dap Dap), Emma (Mimi Lana) dan Keyrol (Syafiq Kyle) kembali bersatu selepas menerima satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama? Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Korang dah tengok The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.