Laman Utama
INNOVATHON
INNOVATHON merupakan sebuah rancangan realiti TV inovasi pertama di Malaysia, inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Astro.
Setiap minggu, lapan inovator akan berentap dari minggu pertama hingga minggu ketujuh. Justeru, setiap inovator terbaik mingguan akan terus melayakkan diri ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara INNOVATHON yang pertama.
Idea inovatif dan kreatif para inovator diadili oleh lima orang panel juri profesional termasuklah Menteri Ekonomi; YB Rafizi Ramli, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Chang Lih Kang, selebriti dan usahawan terkenal; Fazura, serta dua lagi pemain industri sebagai juri profesional jemputan. Selain itu, 100 orang juri awam daripada pelbagai latar belakang yang berperanan sebagai pengguna akan menggalas tanggungjawab sebagai juri awam.
Advertisement
Pentas akhir INNOVATHON bakal menyaksikan para finalis sekali lagi membentangkan produk inovasi mereka dengan penambahbaikan yang lebih menarik bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan hadiah pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1 juta ringgit.
Program realiti TV yang dihoskan oleh pengacara ternama Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani ini bersiaran mulai 15 Julai 2023, jam 9 malam di saluran Astro RIA dan Astro GO.
Throwback balik Episod yang lepas di bawah:
Minggu 1 | Tekan Di Sini |
Minggu 2 | Tekan Di Sini |
Minggu 3 | Tekan Di Sini |
Minggu 4 | Tekan Di Sini |
Minggu 5 | Tekan Di Sini |
Minggu 6 | Tekan Di Sini |
Minggu 7 | Tekan Di Sini |
Korang boleh terus ke bawah untuk mengenali siapakah inovator untuk MINGGU INI dan apakah PRODUK INOVASI mereka di bawah.
Jangan lupa juga untuk mengundi produk manakah yang anda rasa paling kreatif dalam People Choise Awards sekarang!
Maklumat lebih lanjut mengenai peserta minggu ini beserta maklumat ciptaan mereka:
Peserta 1
PRODUK
- M-BRAILLE TYPEWRITER
- Mesin taip elektronik untuk golongan OKU penglihatan.
- Berjaya menghasilkan mesin taip Braille yang bersaiz kecil, ringan, dan mesra pengguna bagi kegunaan golongan OKU penglihatan.
- Memudahkan segenap lapisan OKU penglihatan dari awal persekolahan hinggalah kepada kegunaan golongan professional, untuk menaip, mencetak dan juga sebagai alat P&P guru pendidikan khas
- Muhammad Hafidzuddin
- Pelajar Master
- Sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.
- Pernah bekerja sebagai Researcher Al-Quran Braille
- THE OTHER SELF
- Jaket pelbagai fungsi yang dilengkapi dengan keperluan untuk solat bagi kegunaan para pekerja penghantar makanan
- Dilengkapi dengan ciri ciri keselamatan
- Lengkap dengan keperluan untuk solat
- Dalam satu jaket ada sejadah, kain pelikat dan seluar hujan
1. Mohd Ehfan bin Ibrahim
- Pensyarah Kolej Komuniti Temerloh
- 36 tahun
- Lulusan Sarjana dalam jurusan Teknologi Reka Bentuk di Uitm Shah Alam
- Asal Kota Damansara
- Pelajar Kolej Komuniti Temerloh
- 20 tahun
- MAIDS5
- Maids5 mewakili 5 fungsi alat rehabilitasi iaitu duduk, berdiri, berjalan dengan sokongan, stoller dan motor halus untuk aktiviti harian
- Alat ini dicipta supaya pesakit boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke hospital
- Sekarang Maids5 ni hanya ada di HUSM Kelantan dan sudah 8 tahun
- Alat ini telah berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi dalam dan luar negara
- Prof Madya Dr Muhd Hafiz Hanafi
- Pakar perubatan rehabilitasi USM Kelantan
- Cik Hasnetty Zuria Mohamed Hatta Pegawai Pemulihan Perubatan Hospital USM
- Pn Sarina Mat Derus Jurupulih Perubatan Anggota Hospital USM bersama 10 orang ahli Kumpulan Rehab Charger
- FLOATING STRETCHER
- Usungan pelbagai guna untuk kes lemas, aktiviti air dan perkhemahan.
- Idea berasal daripada produk sedia ada iaitu usungan selain daripada pengalaman sebagai penyelamat.
- Untuk menyelesaikan masalah usungan yang sedia ada di pasaran yang tidak fleksibel dan terhad kegunaannya.
- Mudah dicuci dan selamat untuk kegunaan bagi mangsa yang mengalami pendarahan.
- Usungan ini sangat ringan dan boleh terapung di atas air serta dapat menampung berat pesakit sehingga 150 kilogram.
- Mempunyai seramai 4 orang ahli.
- Kumpulan ini ditubuhkan pada November 2022.
- Setiap tahun kumpulan ini akan menghasilkan produk inovasi sekurang-kurangnya dua produk.
- HERBA UNTUK TERNAKAN
- Herba yang dihasilkan daripada kaedah tradisional dan bahan organik
- Membantu meningkatkan pembesaran ayam tanpa perlu mengambil suntikan vaksin dan antibiotik.
- Ladang ayam juga mudah dijaga dari sudut kebersihan kerana najis ayam yang terhasil tidak berbau busuk dan tidak mengalami masalah kehadiran lalat.
- Cara menggunakan herba ini ialah dengan menyembur pada dedak dan turut dimasukkan dalam minuman haiwan ternakan.
- 55 tahun
- Kota Bahru Kelantan
- Pengusaha Ayam
- PLASTIC – TO - FUEL
- Pemprosesan menukar plastik menjadi diesel.
- Boleh menjana ekonomi terbaru buat Malaysia kerana Malaysia antara negara yang membuang plastik paling tinggi di dunia.
- Minyak yang terhasil sememangnya terbukti boleh digunakan untuk kenderaan.
- Mengurangkan masalah pencemaran lam sekitar kerana mesin ini menukar plastik di dalam kawasan yang tertutup.
- Ashraf dan LUQMAN masing-masing berumur 24 tahun.
- Kilang mereka terletak di Gong Badak, Terengganu
- PUTRA UAV 2.0
- Drone yang dihasilkan daripada fiber daun nanas.
- Kualiti dron adalah sama dengan dron yang diperbuat daripada besi dan bahan lain
- Drone ini mesra alam sekitar dimana jika ianya terhempas di kawasan laut atau hutan, ianya boleh terlupus sendiri secara semula jadi dalam masa 2 minggu
- Membantu meningkatkan ekonomi peladang nenas
- Mendapat perhatian daripada negara Sepanyol dan Ukraine yang berminat untuk bekerjasama
- Berumur 24 tahun
Peserta 8
PRODUK
- NACOTS
- Peranti perubatan bagi mengesan DNA beraplikasi pintar
- NACOTS telah terbukti secara klinikal dalam mengesan DNA COVID-19
- Idea asal tercetus berikutan kesukrn adik di diagnos knser payudara pada peringkat yang lewat pada tahun 2015
- Memerlukan dana bagi ujian klinikal mengesan barah payudara (semasa, Dr Farhana, pelajar PhD sedang menjalankan
- Memerlukan dana kajian pasaran NACOTS
- Kajian NACOTS telah ada 2 paten dan 6 copyrights
- Penyelidikan NACOTS tajaan MOSTI sebanyak RM1.2 juta
1. Prof Madya Dr. Zainiharyati Mohd Zain
- Berumur 49 tahun
- Pensyarah Kimia di UITM telah berkhidmat selama 25 tahuN
- Timbalan Pengarah di Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UiTM
- Ketua Kumpulan Penyelidikan Electrochemical Material and Sensor (EMAS) Fakulti Sains Gunaan UiTM
- NACOTS hasil kolaborasi pakar-pakar berkaitan (jurutera, pakar IT, doctor perubatan) dari Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Perubatan Malaysia, KKM.
Must-Watch Video