Hiburan

Intan Najuwa Berang Difitnah Pernah Keluar Kenyataan ‘Tutup Aurat Tak Jamin Syurga’ - “Saya Tak Pernah Cakap Ayat Ni…”

gempak
Umirah Halim
04/10/2024
10:38 MYT
Sponsor Banner
Intan Najuwa Berang Difitnah Pernah Keluar Kenyataan ‘Tutup Aurat Tak Jamin Syurga’ - “Saya Tak Pernah Cakap Ayat Ni…”
Pelakon, Intan Najuwa naik berang apabila telah menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab .
Menerusi perkongsian di akaun TikTok nya, dapat dilihat hantaran seorang individu yang mendakwa Intan mengeluarkan kenyataan mengenai kepentingan menutup aurat.
“Menutup aurat tak semestinya dijanjikan ganjaran syurga..” - Intan Najuwa,” dakwa individu tersebut.

Tak pernah keluar kenyataan itu

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, bagaimanapun menafikan dengan sekerasnya bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Saya tidak pernah menyebut perkataan ini, dan bagi mereka yang mencipta artikel ini dan menyeret nama saya ke dalamnya, sila hentikannya!,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Jesnita itu juga memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah meninggalkan komen yang negatif terhadap dirinya.

BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya

​BERITA TRENDING: Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal
​BERITA TRENDING:​ Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas
BERITA TRENDING: Dalam Keadaan Tenang, Ini Respons Fazura Mengenai
“Saya mengambil langkah undang-undang kerana ini bukan sahaja menjejaskan reputasi saya tetapi ia juga topik sensitif tentang agama.
“Saya juga telah membuat senarai beberapa orang yang telah mencampakkan saya dengan komen jahat.
“Sebelum mengambil bahagian dalam gosip dan melemparkan ulasan, pastikan anda memahami perkara yang boleh berlaku.
“Dan bagi mereka yang membaca hantaran itu, fikirkan sendiri sebelum percaya akan perkara yang tidak masuk akal itu. Saya tahu awak lebih bijak daripada itu.
“Bagaimana korang boleh percaya dengan cerita tidak berasas seperti itu tanpa sebarang bukti dan kemudian menyerang saya? Semua perkara ini bermula pada tahun 2023, dan ia adalah palsu pada masa itu,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024