HIBURAN
Isteri Caprice Kecewa Dituduh Pilih Kasih Soal Anak - “Kau Tak Faham Betapa Strugglenya Untuk…”
Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang seolah-olah menuduhnya pilih kasih soal anak-anak.
Tak timbul soal pilih kasih
Menerusi hantaran di Instagram, Farra Inalis atau lebih mesra disapa Elis berkata tiada ibu yang boleh hidup tenang apabila anak-anak tiada di sisi, dan tidak timbul isu pilih kasih kerana kasih sayangnya kepada mereka adalah sama rata.“Kalau pergi ke mana mana sebolehnya aku nak bawa kedua-dua tapi hakikatnya bukan begitu!“Bab anak usahlah dipersoalkan, kau tak faham bertapa strugglenya aku untuk belajar berdamai dengan takdir, pujuk hati sendiri, akur dengan giliran jaga anak, paksa mindset untuk fikir benda benda baik sahaja. “Cuba bagitahu hati ibu mana boleh tenang bila anak tiada di depan mata? Tiada dalam kamus hidup aku untuk ‘dilupakan’ atau ‘pilih kasih’ antara dua beradik ni, aku yang kandung dan melahirkan. Dua dua aku sayang, dua dua keutamaan aku.
“Banyak benda aku simpan dan pendam dalam hati, kalau boleh nak jadi kuat. Tapi kadang-kadang berjurai juga air mata tanpa kata-kata,” jelasnya.
Media sosial bukan ukuran kasih sayang
Malah Elis turut menegaskan apa yang dikongsikan di media sosial hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupannya, dan tidak sepatutnya dijadikan ukuran terhadap kasih sayangnya sebagai seorang ibu.“Suami aku lah saksi, yang akan selalu datang peluk dan tak pernah jemu beri kata-kata positif untuk tenangkan hati ini.
“Apa yang aku lalui, tak perlu diceritakan dekat sosial media. Kisah hidup aku bukan untuk sajian netizen. Apa aku post, itu sahaja yang kau layak tengok tentang kehidupan aku,” coretnya.“Simpanlah jari mu jika tiada benda baik baik untuk komen. Mungkin bagi kau benda tu simple, tapi bagi orang macam aku yang lalui keperitan berjauhan dengan anak… Kata-kata itu sangat mengguris hati aku. “Jangan ukur kasih sayang aku dengan konten atau gmbar yang dipost. Sangat tak masuk akal dan kolot cara pemikiran.
Hati-hati beri komen isu sensitif
Dalam hantaran yang sama juga, Elis menyeru agar netizen lebih berhati-hati dalam memberikan komen, terutamanya apabila melibatkan isu sensitif seperti hubungan ibu dan anak.“Entahlah, maaf kalau aku terlebih emo malam ni . Mungkin yang pernah lalui perpisahan sahaja yang faham perasaan ini. “Aku tak marah, cuma kecewa dengan sikap manusia yang tiada hati perut dan tak fikir perasaan orang bila bercakap tambah-tambah komen tu sendiri dari seorang ibu,” luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Caprice Beri Nasihat, Jangan Dengki Dengan Kehidupan Orang Lain - “Dekat Socmed Ini Kalau Kita Happy Orang Sakit Hati…”
ARTIKEL BERKAITAN:Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”
ARTIKEL BERKAITAN:Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Masih Buat Kesalahan Sama, Tipu… Curang,” - Isteri Caprice Kongsi Tips ‘Move On’ Dengan Mudah
Untuk info, Caprice dan Elis mendirikan rumah tangga pada November 2022.Hasil perkahwinan itu, padangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf.
Elis juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.
Must-Watch Video