Semalam, kecoh apabila isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossalenah atau dikenali sebagai Sera mendedahkan rumah tangganya masih diganggu oleh orang ketiga.

Malah, menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu dia rela untuk bermadu jika itu yang dimahukan oleh suaminya serta wanita berkenaan.

BACA: Beri Lampu Hijau Shuk Bermadu, Isteri Pesan Berhenti Hantar Santau

Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi dan pandangan daripada pengikutnya serta netizen.

Rata-rata memberi komen serta kata-kata semangat kepada Sera untuk terus kuat serta mengambil tindakan seperti laporan polis dan sebagainya.

Namun dalam banyak-banyak komen itu, penyanyi dan pelakon Abby Abadi antara selebriti yang tampil memberikan nasihat yang 'padu'.

Bagaimanapun komen itu ditujukan kepada Shuk supaya bijak memiih mana intan dan permata sebelum membuat apa-apa keputusan dalam rumah tangganya.

“Mohon reti beza antara intan dan permata Shuk,” katanya.

Shuk juga tidak berdiam diri malah membalas seolah-olah mengerti dengan kata-kata tersebut.

“Baik kak faham,” balasnya.


Ini bukan pertama kali Shuk didakwa berlaku curang, malah pada awal tahun ini pasanngan itu baru sahaja berbaik-baik dan Shuk berjanji tidak mengulangi perbuatan yang lalu.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Tahun lalu, Shuk pernah terpalit dengan kontroversi didakwa curang dengan seorang wanita hingga didakwa pernah hamil dan memaksa menggugurkan kandungan.

BACA: Wanita Dakwa Shuk Sahar Curang, Pernah Paksa Gugurkan Anak?

Shuk kemudiannya mengaku pernah mengenali wanita terbabit namun enggan mengungkit kisah yang pernah mengaitkan mereka sebelum ini.

BACA: "Saya Mengaku Pernah Kenal Dia" - Shuk Sahar Enggan Ungkit Kisah Curang

Januari lalu, Sera tampil memberi bayangan seakan-akan suaminya masih mengulangi perbuatan sama.

BACA: "Orang Lain Tidur, Aku Berkeliaran Cari Laki Aku" - Menangis Depan Pintu, Isteri Dedah Shuk Sahar Kembali Curang?

BACA: Terkait Isu Curang Kali Kedua, Shuk Sahar Digantung Perkhidmatan Penyampai Hot FM