Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera berkongsi sepotong video di Instagramnya memaparkan aksi seorang wanita berbaju merah jambu yang sedang mengamuk-ngamuk.

Dalam aksi berkenaan yang sedang cuba dipujuk oleh seorang lelaki, wanita yang tidak bertudung itu mengugut untuk mengoyakkan bajunya.

"Dia sendiri koyak dan pukul diri betul-betul," kata lelaki bersuara serak-serak basah itu.

Pada kemas kini lewat malam tadi, Sera turut memuatnaik perbualan berbaur ugutan dan makian yang diterimanya dari seorang pengguna yang tidak didedahkan identiti.

Malah, individu berkenaan dipercayai cuba mengugut untuk mencederakan diri sendiri dengan berkongsi sekeping foto dari balkoni kediamannya dengan kata-kata berbunyi; "Meh aku bagi link kau tengok tinggi tak aku ke bawah."



Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah turut memberi bayangan tentang kehidupan bermadu dan ugutan yang sering diterimanya dari wanita berkenaan.

"Dah cakap dah. Kalau nak bermadu kena terima keluarga saya dan anak-anak saya. Bukan hancurkan keluarga saya. Tolong berubah. Bukan ugut sana sini, saya dan anak-anak tak ada salah.

"Daripada benda jadi tak baik nanti salahkan saya pula buka aibla apa. Dah cakap kalau nak kahwin silakan.

"Rasanya dorang pun dah bincang, tapi itulah memang tak berubah juga. Apa salahnya terima saya dan anak-anak saya? Saya dah izinkan ya...

"Suami saya pun bukan budak lagi. Saya percaya dia pun ada alasan dia sendiri. Daripada masalah panjang. Tapi rasanya pihak keluarga di sana yang tak bagi," tulisnya.



Tidak terhenti di situ, Sera mendedahkan dia pernah cuba disantau dengan menunjukkan bukti beberapa bungkusan kuning berbalut yang diletakkan di kawasan rumahnya.

"Syirik! Siapa yang sanggup buat macam ni tolong bertaubat! Itu ja nak cakap!

"Untuk si pembuat yang buat macam ni, aku tak tuduh siapa-siapa. Semoga cepat bertaubat, jangan hantar syirik nak hantar santau sampai rumah bagai," pesannya.

Bagaimanapun, beberapa video yang dikongsikan Sera di Instagramnya telah dipadamkan selang beberapa minit kemudian.

"Kalau terpadam story atau feed semua faham-faham ja. Bukan aku yang padam ya. Sekian," katanya.



Tahun lalu, Shuk pernah terpalit kontroversi curang dengan seorang wanita hingga didakwa pernah hamil dan memaksa menggugurkan kandungan.

BACA: Wanita Dakwa Shuk Sahar Curang, Pernah Paksa Gugurkan Anak?

Shuk kemudiannya mengaku pernah mengenali wanita terbabit namun enggan mengungkit kisah yang pernah mengaitkan mereka sebelum ini.

BACA: "Saya Mengaku Pernah Kenal Dia" - Shuk Sahar Enggan Ungkit Kisah Curang

Januari lalu, Sera tampil memberi bayangan seakan-akan suaminya masih mengulangi perbuatan sama.

BACA: "Orang Lain Tidur, Aku Berkeliaran Cari Laki Aku" - Menangis Depan Pintu, Isteri Dedah Shuk Sahar Kembali Curang?

BACA: Terkait Isu Curang Kali Kedua, Shuk Sahar Digantung Perkhidmatan Penyampai Hot FM