Baru-baru ini, kecoh di laman sosial mengenai seorang kanak-kanak OKU yang dikatakan mencekik rakannya di sekolah akibat berebut botol air. Banyak respons yang diterima dalam kalangan netizen memandangkan hal ini melibatkan anak istimewa.

Melihat isu berkenaan sebagai satu hal yang agak serius, doktor selebriti, Dr Say Shazril tampil memberikan pandangan.

“Dulu sebelum saya ada anak, bila saya pergi restoran dan ada budak-budak bising, lari-lari, main-main makanan kat situ, hati saya terdetik: ‘bisingnya budak-budak ni, nak makan pun tak aman’.

“Tapi bila dah ada anak dan tengok ibu bapa struggling handle anak masing-masing hati saya terdetik: ‘I feel you mommy and daddy’ sambil angguk senyum kepada mereka memahami ke-struggle-an mereka.

“Saya rasa mesti ada je yang fikir macam ni kan? Apabila saya diuji mempunyai anak istimewa (kepada yang baru follow, anak pertama saya berumur 3 tahun didiagnose autism with speech delay), saya juga mahukan orang sekeliling saya faham keadaan anak saya ni,” tulis Dr Say.

Justeru, doktor selebriti itu menambah, apabila dia membaca mengenai seorang bapa memarahi seorang kanak-kanak OKU kerana mencekik anaknya akibat berebut botol air, dia memahami perasaan ibu bapa kanak-kanak OKU itu.

“Kalau saya ditempat ibu itu, saya faham kenapa bapa itu memarahi anak saya kerana tak ramai orang tahu bagaimana untuk mengesan dan bagaimana tingkah laku anak OKU ini. Mesti bapa tu berfikir: ’this is bad parenting and I need to teach some lessons to this boy’.

“Sebab itu saya selalu bercakap tentang anak-anak istimewa. Bukan sahaja menggalakkan parents untuk check anak masing-masing sebab macam anak saya awal-awal dulu, ramai ingat dia normal only to find that he is autistic. Di samping itu juga supaya masyarakat faham how anak istimewa ni behave.

“Bila kesedaran ada pada masyarakat mengenai anak istimewa ni, mereka boleh ajar anak mereka yang normal supaya turut memahami tingkah-laku kanak-kanak istimewa ni supaya tiada pembulian berlaku kepada kanak-kanak istimewa ni supaya kanak-kanak istimewa juga mampu memperoleh ilmu di sekolah yg sama dengan kanak-kanak normal.

“Itu sahaja niat saya kepada anak sy agar dia dapat bersekolah dengan kanak2 normal yg lain tanpa dibuli atau disisihkan,” tutupnya.