,
Berita

Isu Data Pelanggan ‘Bocor’ Di Dark Web, Ini Kenyataan Maybank

Gempak
24/07/2024
07:13 MYT
Maybank menjelaskan bahawa sistemnya kekal selamat dan maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya, susulan wujud dakwaan pangkalan data bank itu diterbitkan di forum web gelap.
Maybank dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan, pihaknya memandang serius kebimbangan mengenai keselamatan dan akan terus memantau serta memastikan data-datanya dilindungi pada setiap masa.

Kenyataan Maybank

“Kami telah melakukan pelbagai langkah untuk menangani penipuan termasuk penggunaan Secure2U untuk mengesahkan transaksi dan tempoh bertenang untuk peningkatan had transaksi, menjamin transaksi dalam talian pelanggan terus dilindungi.
“Pelanggan juga diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan melindungi maklumat mereka. Sila pastikan ID pengguna, kata laluan dan butiran peribadi tidak didedahkan, berhati-hati terhadap perisian hasad, mesej WhatsApp dan laman web phishing serta panggilan telefon yang tidak dikenali,” jelas kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Wanita Digantung Tugas Ceroboh Kawasan Kediaman Penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 10 Kereta Paling Selesa Pilihan Rakyat Malaysia Dalam Kategori Seru-Pandu

ARTIKEL BERKAITAN: Data Peribadi Tersebar Akibat Surat Samannya Viral, Haqiem Stopa Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Askar Israel Alami Masalah Mental

ARTIKEL BERKAITAN: Tyzo Tunjuk Bukti Rating Suria Cinta Paling Corot? - "Biar Gambar Berbicara"

Sejak Selasa, wujud dakwaan insiden ketirisan data kedua melibatkan syarikat Malaysia yang dijual menerusi sebuah forum.

Insiden sama didakwa berlaku pada minggu lepas apabila data yang didakwa milik 4 juta pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi telah dijual, namun akhirnya didapati hanya melibatkan data lama.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Nak Tukar Duit Raya RM10, RM50? Ini Senarai ATM Bank-Bank Utama Yang Perlu Anda Tuju!

gempak
02/04/2024
13:25 MYT
Tahukah anda terdapat mesin ATM yang menyediakan hanya wang kerta RM10 atau RM50? Berikut merupakan senarai mesin ATM beberapa bank utama di Malaysia yang boleh anda tuju!