Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim mengaku salah di Mahkamah Miri, Sarawak hari ini atas dakwaan menghina pakaian tradisi kaum Iban Sarawak pada 2021.

BERITA TRENDING : Ryzal Mohon Maaf Depan Persatuan Anak Borneo, Sedia Terima Sebarang Hukuman - "Kalau Perlu Ke…

Menurut penguam yang mewakli Ryzal iaitu Firdaus Mohshidi, anak guamnya didenda RM10,000 selepas membuat pengakuan tersebut di mahkamah itu pada Rabu.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Ryzal pun pernah memohon maaf di semua platfrom media sosial susulan isu itu dan mengaku salah serta tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

“Berikutan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Ryzal membayar denda sebanyak RM10,000. Ryzal pun sudah selesai membayar denda tersebut tadi,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Firdaus juga memberitahu Ryzal ada memberi sumbangan kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung dan bantuan khas kepada rakyat sarawak sebanyak RM10,000 tanda memohon maaf.

Terdahulu, Ryzal dikecam selepas memuat naik video dia dilihat mempersenda pakaian tradisional yang dipakai Maryam dengan beberapa gambaran seperti duit syiling, kain buruk dan sebagainya pada May 2021.

Selepas menerima pelbagai kecaman, Ryzal membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kaum Iban Sarawak.

Ryzal turut engakui tidak menjaga sensitiviti dalam bergurau dengan isterinya yang juga Sensasi YouTube dan selebriti TV, Maryam Younarae ketika isterinya mengenakan busana tradisional itu.